Thursday, September 11, 2008

PENGALAMAN DI MALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Ramadhan tahun disambut hampir dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia. Mungkin ada hikmah disebalik tarikh tu. Tapi alangkah malangnya sambutan Ramadhan juga tercemar dengan pelbagai hiburan & konsert bersempena merdeka. Ntah la.. apa nak jadi di Malaysia sekarang... macam-macam ada..

Photobucket Image Hosting

Kali ni saya nak beri gambaran sebenar sambutan Hari Merdeka(Malam sambutan) di Shah Alam bermula di jelajahan saya di UiTM. Jom redah....

8.30 mlm :Sambil berbekalkan beberapa helai risalah, saya mula bergerak keluar dari rumah....jalanraya agak busy.. kereta ada, motor ada, lori ada, tapi ganjil skit mlm tu sebab ada konvoi basikal oleh budak-budak.. ntah ler budak mana..

Photobucket Image Hosting

8.35 mlm :Tiba kat pintu utama UiTM, nampak beberapa pak guard and skuad konvoi menunggu VIP datang... biarkan diorang tunggu..


8.40 mlm :On da way to Padang Kawad, singgah sebentar kat Dataran Cendikia.. saja ambik angin malam, ada jugak orang cuba merdekakan diri mereka dgn bercouple di dalam samar malam...

Photobucket Image Hosting

8.50 mlm :Sampai jugak kat Padang Kawad. Ha.. sebelum tu sempat tengok beberapa team futsal tgh main futsal kat court pusat sukan.. sukan merdeka kot.. ntah...Sampai jer kat padang kawad terus terhidang lagu ‘aku makhluk paling seksi’. Tu la tajuk lagu kebangsaan bagi negara apa ntah...

Sambil-sambil edar risalah, saya jumpa kawan kejap pastu tengok keadaan semasa. Padang kawad time tu agak ramai orang mungkin kerana jualan sempena FESKEM tapi kebayakannya menghala ke Stadium kebanggaan UiTM.

Sosial student UiTM masih sama, amat mesra lelaki & perempuan.. masih ada yang makan semeja dan bertempuk tampar tanda keriangan... tapi yang bagusnya malam tu kita ada team ‘amal makruf nahi mungkar’ dari PMH. Tahniah & terima kasih PMH kerana tolong kurangkan dosa couple-couple di UiTM ni.

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

9.15 mlm :Tengok jer keadaan semakin rancak di stadium, saya amik peluang join skali. Masuk sebentar dalam stadium, tengok pembarisan wakil MPP dan kolej. Agak meriah jugak la keadaan dalam tu walaupon audien nya agak sedikit jika nak dicomparekan dengan jumlah student UiTM.

Photobucket Image Hosting

9.45 mlm :Saya sempat keluar dari stadium sebelum skuad PALAPES dan KESATRIA menutup gate stadium untuk ‘mengurung’ student UiTM untuk mendengar ucapan, menengok tarian dan mendengar nyanyian(dengar khabarnya VC nyanyi sakan malam tu, ‘patriotik’ betul VC kita...) keluar jer terserempak dua orang pekerja contract yang menyelia kebersihan kawasan padang kawad.. nampak macam India.. nampak termenung jer...ada makna ke?

Photobucket Image Hosting

10.20 mlm :Alang-alang dah keluar baik keluar terus... hajat di hati mahu tengok keadaan di tempat lain mcm Dataran Shah Alam...

sebelum tu, saya pusing satu padang kawad dulu, mana tau ada jumpa benda-benda pelik.... hah! Memang pelik, tak jauh dari tempat orang ramai di stadium ada beberapa kerat manusia yg beratur mahu jumpa hantu dalam rumah hantu.. tak percaya?? Percaya lah.. ni hantu-hantu merdeka.. jgn main-main.. benda macam ni pon jadi hiburan, pelik betul la UiTM ni... alang alang merdeka biar merdeka betul..gambar ni buktinya...

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Kaki terus berjalan then jumpa pulak satu team yang anjurkan game. Game apa tu ha? Game ni main mcm ni, sorang kena bayar RM0.50, pastu kena angkat belon yang ada air didalamnya menggunakan copstick dan tahan berapa selama mungkin... siapa yang paling lama tahan @ bernasib baik, dia menang... hadiahnya satu hamper yang tak seberapa besar...

cuba bayangkan berapa pihak penganjur dapat hasil dari kutipan yuran penyertaan tu kerana harga hadiah tak seberapa tapi pesertanya sangat ramai sampai kena beratur.

Photobucket Image Hosting

Pastu singgah sebentar di gerai MPP, selain jual makanan, diorang ada jual baju... baju sempena merdeka... ni design nyer...

Photobucket Image Hosting

11.30 mlm :Saya beransur keluar dari kawasan padang kawad untuk ke dataran Shah Alam. Belum jer abis keluar kawasan tersebut, dah jumpa satu pasang manusia bermesra di atas motorsikal... indahnya pandangan malam ni... pedih mataku menengoknye..

Photobucket Image Hosting

11.58 mlm :Sampai juga di Dataran Shah Alam selepas merempuh halangan berliku di jalan raya sebab jem.. Sampai jer terus terdengar & ternampak percikan bunga api di udara Shah Alam menandakan 31 Ogos telah tiba. VIP malam tu adalah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Enjoy gambar kat bawah ni.. macam-macam ragam ada...ada seksi, ada seksa, ada bertanduk dan ada yang tak bertanduk... ramai betul orang..

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Acara terakhir sambutan adalah nyanyian nasyid dari kumpulan All in One(kalo tak silap, dah lupa).

Photobucket Image Hosting

Habis jer program tu, saya merayap di tepi jalan untuk tengok gelagat-gelagat orang ramai... ada yang solo, ada berduet, ada bercouple dan ada yang ber’band’... menarik, menarik...

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

12.40 pagi :Kaki dah mula letih dek jalan jauh, mata pon dan ngantuk, saya teruskan perjalanan pulang.... jalan still jem.

Sampai jer kat tasik Shah Alam, nampak beberapa group kanak-kanak konvoi basikal. Saya pun join sekali, sambil tengok perangai diorang.. memang patriotik... tiba-tiba mata saya terpandang di tepi tasik, rupa-rupanya ada dua makhluk berjantina lain-lain sedang bermesra... mesra Merdeka katakan...

Photobucket Image Hosting

1.00 pagi :Sampai kat rumah, tanpa buang masa, apa lagi... tdor la...
Itulah pengalaman Sambutan Hari Merdeka di Shah Alam.. pengalaman manis atau pahit atau masam atau masin? Rasalah sendiri.....


*Maaf, kebnyakan gambar2 diambil kurang jelas kerana flash tak di‘on’kan kerana saya tak nak orang sedar akan kehadiran kamera saya.


PenaMuslim
Email: penamuslim@gmail.com
Blog: http://imammaliki.blogspot.com/
Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim
YM: king_duck86@yahoo.com

Bonus Belanjawan vs Bonus Ramadhan

( Telah disiarkan pada sept 2007, diulang siar dan kemaskini pada 31 Ogos 08)

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Photobucket

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut :


"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).


Bonus & Belanjawan


Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita.


Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?

Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .


Mengapa kita seronok mendapat duit ?

Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.


Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?

Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat.


Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?

Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.


Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?

Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?

Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul.


Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseornokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang. Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini ( untuk tahun 2008) akan mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk perkara lain. Manakala pada belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit kelegaan buat individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang dikira menggembirakan adalah seperti :-


· Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

· Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

· Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.

· Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

· Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

· Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.


SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA


Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi. Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.


"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun"


TAWARAN BONUS LUAR BIASA


Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.


Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya


"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).


Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana masih terdapat kemungkinan dosa dipergandakan.


SYAITAN KENA GARI?


Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah memberikan menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; malah terdapat ulama yang mengatakan bahawa bulan ia dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).


Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )


Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).


MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN


Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-


1. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2. Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :


" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).


Selain itu, Nabi juga bersabda :


"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).


Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).


Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.


3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.


Photobucket


4. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa. Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :- Ertinya :


Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,


Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :- Ertinya :


Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)


5. Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka.Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w : Ertinya :


Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)


6. Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib. Berdasarkan hadith Nabi SAW : Ertinya :


"Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).


Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).


7. Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya :


Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi) (Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).


Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu


" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani).


Atau doa-doa makan yang biasa.


8. Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda : Ertinya :


Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).


Photobucket


Disebut dalam sebuah hadis lain Ertinya :


Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )


9. Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.


10. Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.


11. Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur : Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).


12. Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa :


"Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)



Sekian dan Ramadhan Kareem..



Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

28 Syaaban 1428 H

10 September 2007

( KEMASKINI PADA 31 OGOS 2008 , WALES, UK)