Friday, March 07, 2008

Photobucket

DUNIA LAGI PENTING DARI AKHIRAT?

Penulis agak terkejut dengan ruang artikel ‘rembat’ dari Surat Khabar Kosmo 2 Mac 2008. Kenyataan berani tidak bertempat yang cuba disampaikan oleh seorang penulis Kosmo ini menunjukkan kedangkalan seorang muslim yang terang-terangan memperlekehkan syariat Islam iaitu berkenaan isu aurat atlet Negara. Mungkin artikel ini sedikit bersifat politik, tetapi beliau tidak sepatutnya menperlekehkan syariat Islam semata-mata cogan kata ‘Majulah Sukan Untuk Negara’.

Penulis ini yang mungkin menyifatkan dirinya seorang aktivis sukan yang paling bersemangat mengemukakan pandangan beliau yang agak mementingkan dunia dari akhirat. Tidak melampau jika penulis menyifatkan penulisan penulis Kosmo ini menyentuh sensitiviti agama Islam. Antara penulisan beliau dalam artikel ini adalah:

Apabila memerhatikan perjalanan pilihan raya kali ini ada sesuatu yang membimbangkan saya.Beribu satu macam persoalan timbul khususnya dengan perkembangan sukan. Kadang-kadang saya terfikir apa akan terjadi dengan sukan andainya parti pembangkang memerintah negara. Menyelami lebih mendalam, ada beberapa sukan tertentu yang telah menaikkan nama negara selama ini di persada antarabangsa khususnya sukan renang, bina badan dan juga gimnastik. Saya bimbang sekiranya berlaku kejutan pada pilihan raya kali ini, sukan ini yang dilihat mampu melonjakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa akan berkubur. Mana tidaknya, sukan ini memerlukan peralatan yang tidak begitu disenangi parti pembangkang (tak periulah saya jelaskan) khususnya dari segi pemakaian. Ini adalah antara pandangan rakan-rakan atlet saya yang aktif dalam sukan ini ketika kami sedang menikmati minum petang di sebuah kafe di ibu Negara baru-baru ini. Mereka seronok bercerita tentang kempen pilihanraya tetapi pada penghujung bicara tetap melahirkan kebimbangan seandainya parti pembangkang memerintah. Rakan atlet saya tadi menyuarakan pandangannya kerana dia sudah melihat sendiri apa yang sudah terjadi dengan sukan-sukan ini di beberapa negara yang mempunyai terlalu banyak sekatan terhadap gaya pemakaian dalam sukan. Menurutnya, di negara sendiri pun sukan-sukan ini turut terkubur di negeri tertentu. "Terus terang saya katakan, jika keadaan ini berlaku di negara kita, sukan yang kami ceburi ini akan terkubur saya yakin akan terkubur," jelas rakan atlet saya itu. "Kalau boleh biarlah tidak berlaku apa-apa pada pilihan raya kali ini. Kami mahu kerajaan sedia ada terus memerintah kerana mereka sangat prihatin terhadap nasib atlet negara yang turut membantu mengharumkan nama negara di pentas antara­bangsa," katanya mengakhiri perbualan pada sesi minum petang itu. Bila dihayati kata-kata rakan tadi memang ada juga kebenarannya. Banyak yang boleh dijadikan contoh. Tidak periulah saya ambil contoh sukan yang sememangnya tidak disenangi pembangkang”.

Kalau betullah kita muslim yang sejati, kita tak terfikir langsung nak keluarkan kenyataan seperti itu. Mungkin mesej sebenar yang nak disampaikan oleh beliau adalah Islam itu ‘jumud’. Tetapi kebenarannya beliau dan rakan-rakannya yang ‘jumud’ kerana telah menyempitkan Islam tu sendiri. Rasulullah menggalakkan umatnya bersukan kerana sukan dapat menyihatkan badan dan baginda juga bersukan seperti memanah dan menunggang kuda, tetapi baginda tidak menyuruh ummatnya menggadaikan maruah agama dan diri dek kerana sukan. Fikir-fikirkanlah…...



PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

BERKARISMA MACAM RASULULLAH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Saidina Umar r.a bertanya Saidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andaikata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka.
(Sahih Muslim: hadis no. 29)

Penerangan Hadis:
Hadis ini menunjukkan betapa susah untuk menerima pengganti pemerintahan selepas wafatnya Rasulullah SAW, di mana ada golongan yang tidak mahu berbaiah dan tidak mahu memberikan ketaatan kepada pemimpin yang baru dilantik.
Walaupun kini suasana berubah, namun tempias ciri-ciri masyarakat dahulu tetap ada pada setiap bangsa. Kini tiba masanya masyarakat Islam, Melayu malah seluruh rakyat Malaysia akan menghadapi kemungkinan transisi pertukaran kepimpinan. Saat ini segalanya penuh emosi, ada yang sukar melupakan kepimpinan lama, malah turut membandingkan yang lama dan yang baru.
Perlu diingat, segala yang berlaku merupakan sunnatullah. Segala pertukaran, kejadian, musibah dsb adalah ketentuan Ilahi. Sejauh mana kita sanggup menghadapinya, itu adalah persoalan kita yang perlu difikirkan secara rasional, terbuka di samping memperjuangkan syiar Islam.

Kajian oleh ilmuwan Islam tentang kepimpinan karismatik menumpukan kepada mengenali perilaku yang membezakan pemimpin karismatik dan yang tidak karismatik. Pemimpin karismatik dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti sifat Rasulullah iaitu keyakinan diri yang tinggi, berpengaruh, dan kesungguhan. Ada yang berpendapat pemimpin berkarisma mempunyai tujuh ciri penting:
(i) berwawasan jelas dan menarik atau ada naluri perjuangan
(ii) boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka kepada pengikut
(iii) menunjukkan konsistensi dan penumpuan

(iv)Keyakinan diri, mereka yakin terhadap keputusan dan kebolehan mereka
(v) mengenali kekuatan diri sepenuhnya.

(vi) Keyakinan dan kesungguhan tentang wawasan, mereka sungguh yakin tentang wawasan mereka, rela mengambil risiko persendirian, mengeluarkan belanja, dan berkorban untuk mencapai wawasan itu.

(vii) Peka pada persekitaran: mereka sensitif terhadap kekangan persekitaran dan sumber.
Jelas, pemimpin berkarisma sahaja yang layak meneraju parti, kesatuan, memimpin bangsa seterusnya memertabatkan Islam sebaik mungkin. Walaupun tidak ada seorang pun manusia di dunia yang boleh menandingi kehebatan kepimpinan Rasulullah, percayalah Allah akan kurniakan seorang pemimpin yang berkarisma kepada kumpulan-kumpulan yang berada di jalan Allah. Kesimpulannya, cubalah jadi macam Rasulullah.. Pemimpin Teragung Sepanjang Zaman.


PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

Sheikh Raed Salah

Langkah umat Islam terhadap Isu Palestin

Kewajipan umat Islam terhadap Isu Palestin adalah seperti tanggungjawab kita terhadap agama, kaum dan ketamadunan. Antara langkah yang perlu diambil adalah:

1. Anggaplah isu ini merupakan ilmu Islam. Ini kerana isu ini berkisarkan keimanan dan soal akidah umat Islam.

2. Sentiasa peka terhadap masalah Palestin, usul-usul dan perkembangannya. Umat Islam adalah bersaudara!!

3. Bertindak terhadap masalah seperti berdoa untuk kesejahteraan dan menyebar maklumat terkini tentang Palestin kepada masyarakat.

4. Umat Islam perlu bersatu-padu & mendekatkan jurang perpecahan di kalangan umat Islam.

5. Membentuk dan menyertai pertubuhan khas untuk menentang dan mendedahkan kegiatan Zionis

6. Menyiarkan dan mendedahkan isu Palestin dalam bentuk media seperti filem, dokumentari, internet dll.

7. Membina gerak kerja untuk mempertahankan Palestin samada individu atau berkumpulan.

8. Melakukan kempen untuk menerangkan keadaan Palestin sekarang termasuk cubaan meruntuhkan Masjidil Aqsa.

9. Badan-badan bertanggungjawab perlu membuat aktiviti melibatkan isu Palestin seperti Kuliah Migguan berkisar Palestin.

10. Memberi bantuan terhadap perkara-perkara yang disarankan oleh Sheikh Raed Salah dalam kertas kerjanya ‘Shunduq ‘Alamiy li al-Huffaz ‘ala Islamiyyah al-Quds al-syarif wa al-Aqsa al-Mubarak’:

· Mempertahankan kesan-kesan sejarah Islam di Palestin

· Memelihara kesucian & memakmurkannya.

· Membantu pertubuhan-pertubuhan al-Quds.

· Membuat informasi bulanan dan tahunan tentang apa yang berlaku di Palestin.

· Membentuk badan yang terdiri dari ulama-ulama untuk mengkaji tentang Palestin.

· Membuat gerak kerja untuk menyediakan bahan sebagai memperingati Palestin sebagai tempat-tempat bersejarah termasuklah peristiwa Perang Hittin.

· Mengadakan kempaen palestin dan membuat pertandingan berkaitan Isu Palestin seperti syair, melukis dan berdebat.

· Menyiarkan solat di Masjidil Aqsa secara langsung menerusi internet.



PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

MANA HIDAYAH UNTUKKU???

Mendapat hidayah dari Allah tidaklah sesenang kita memikat perempuan yang bernama Hidayah. Hidayah Allah mungkin datang ‘bergolek’ dan mungkin perlukan sedikit usaha dan cabaran. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang, maka dia diberi pendalaman dalam ilmu agama". (HR. Bukhari). Dalam Quran Surah Asy-Shams:8 yang bermaksud “ Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk mana yang baik” dan Surah Al-Imran:74 yang bermaksud “ (Dia) Allah menentukan rahmatNya kepada siapa yang dikehendakinya dan Allah mempunyai Kurnia yang Maha Besar”.

Menurut kedua-dua surah ini, hidayah Allah mungkin kita dapat melalui kurniaan Allah dan sebagai Ahlul Sunnah WalJamaah, kita percaya segala rezeki dikurniakan Allah disamping usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kita. Harapan dan doa agar saya, sahabat, dan umat Islam keseluruhannya mendapat hidayah Allah. Semoga contoh-contoh di bawah dapat memberi pengajaran kepada kita.

Faizal Tahir

· Tindakan naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir yang juga bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana ini berjaya menggemparkan negara. Perlakuan yang tidak senonoh yang diambil dari pengaruh artis barat tidak sewajarnya dilakukan oleh artis Malaysia apatah lagi artis Islam walau dalam apa keadaan sekali pun.

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton. Doakan dia kembali pada ajaran Islam yang hakiki.

siti

· Pada Disember 2007, terlaksanalah hajat Datuk Siti Nurhaliza untuk menunaikan haji bersama suami tercinta, Datuk K. Tetapi sejauh manakah niat Datuk Siti Nurhaliza untuk berubah dan menjdi ikon kepada remaja-remaja Malaysia apatah lagi remaja-remaja Islam. Mungkin beliau perlukan masa untuk berubah(bertudung & berpakaian mengikut syari’at Islam) sepenuhnya. Kita tunggu dan lihat……….

Photobucket

· Dulunya beliau terkenal dengan lagu ‘rock sempoi’, sekarang beliau terkenal dengan lagu dakwah Islamnya. Dulu nama glamornya Cat Steven, sekarang nama glamornya Yusof Islam. Itulah perubahan & penghijrahan seorang insan yang selalu memikirkan kejadian alam dan akhirnya tercetus ideanya untuk mengkaji semua agama termasuklah Islam. Dan satu-satunya agama yang lengkap bagi dirinya adalah agama Islam. Antara sebab beliau memeluk Islam adalah beliau kagum dengan isi kandungan dan bahasa Al-Quran dan kagum dengan pencipta Al-Quran iaitu Allah SWT. Semuanya kerana Hidayah Allah.

Yusuf Estet

· Penghijrahan yang luar biasa telah dilakukan oleh Yusof Estet iaitu dari bergelar Paderi Kristian dan kini beliau bergelar Pendakwah Islam. Pengkajian beliau tentang Al-Quran telah menukar identiti beliau. Sejak dari kecil beliau bergelumang dengan dunia Kristian, kini Yusof Estet menjadi salah seorang pendakwah antarabangsa. Syabas buat Sheikh Yusof Estet..

PenaMuslim

BOIKOT PRODUK ISRAEL

“Jom makan besar malam ni”, ajak seorang pelajar kepada sahabatnya. “Mentang-mentanglah PTPTN dah masuk, apa lagi, ko belanja la..”balas sahabatnya. “Oklah aku belanja ko McD malam ni ok, kat PKNS malam ni pukul 9 malam..”. “ OK, set”, ia sahabatnya.

Itulah antara perbualan yang biasa kita dengar. Kalau makan ‘besar’ tak asing lagi dibuat di restoran-restoran makanan barat seperti McDonald, KFC, Starbucks dll. Saya yakin masih ramai pemuda-pemudi Islam yang tidak tahu tentang kebanyakan restoran-restoran ini melaburkan saham mereka untuk Israel. Nasihat saya janganlah kita mudah terpengaruh dalam apa jua muslihat Isreal dalam menjajah minda umat Islam. Perkara ini juga di akui oleh Dr. Yusuf Qardhawi dan beliau telah mencadangkan ‘kempen 1 USD seorang Muslim’ dan melarang umat Islam dari membeli produk Israel. Disini saya ingin mendedahkan beberapa buah syarikat yang terlibat secara langsung dengan Israel. Antaranya:

· Coca Cola – Sejak 1966, Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

· McDonald — Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

· Nestle—50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

· Walt Disney—Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

PenaMuslim