Saturday, May 31, 2008

KISAH KEPIMPINAN UMAR BIN ABDUL AZIZ

ARIEL SHARON DULU & KINI

Ariel Sharon

Photobucket

Gambar diambil pada 2004

Sharon koma

Gambar diambil pada 2007

[Kezalimanmu terhadap rakyat Palestin tak akan dilupakan!!!]

NASIHAT UNTUK KAWAN

Dah lama tangan ni tak menaip, mungkin ada perasaan sedikit malas + kurang masa.Isu kat Malaysia ni sekarang semakin panas. Macam-macam kita dengar saban hari dari segi, hiburannya, maksiatnya, politiknya dan macam-macam la.... kali ini saya terpanggil untuk menyentuh isu hiburan di Malaysia. Salam maaf dari saya kepada Faizal Tahir kerana mungkin artikel yang disiarkan dari blog ini sebelum ini tersiar nama Faizal Tahir. Artikel berkenaan(Mufti Perlis bersuara tentang Jom Heboh TV3) yang dicedok dari artikel Mufti Perlis, MAZA tidak berniat untuk mempelekehkan beliau sebagai seorang penghibur tanahair, tetapi mungkin menjadi titik tolak untk beliau memuhasabah kembali kesilapan lalu.

Tetapi satu lagi perkara yang bermain di fikiran saya iaitu masalah artis di Malaysia ini yang boleh dikatakan mudah terpengaruh dengan budaya barat. Betulker ayat tu? Betul kot... cuba kita nilai balik, dari segi pakaiannya dah out(kebanyakannya x ikut syariat Islam), tingkah lakunya yang agak ‘bebas’, mungkin muka jer ada mirip-mirip orang asia(rambut pun ada mcm-mcm stail). Tapi mungkin kelibat artis ini perlukan imej tersendiri. Mengenai kebiasaan segelintir rakyat Malaysia yang terbiasa membuat ‘Sign of Satan’, ini mungkin ada hubungan dengan dunia hiburan sekarang termasuklah pengaruh dari artis setempat yang tandi di sebagai tanda rock!

Photobucket

Sign of Satan

Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita lakukan itu mempunyai maksud-maksud yang tidak baik. Harap-harap tak ada lagi isu ini dikalangan kita. Ni antara gambar-gambar yang individu yang terbuat tanda seperti itu. Mungkin terbuat atau memang berniat(bukan nak aibkan saper-saper)..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

Friday, May 02, 2008

SERANG FITNA!!

Antara cadangan untuk membalas filem pendek ‘Fitna’ adalah menghasilkan video-video yang menerangkan kehidupan Islam yang sebenar seperti akhlak-akhlak terpuji dan kemajuan masyarakat Islam terdahulu. Saya terjumpa video muzikal ini ketika merayau kat YouTube.com. Menarik video ni....

Video muzikal ini telah ditayangkan semasa slot PMS 2007, 'Shift Your Paradigm' di Beamanor Hall, Loughborough, UK. Dibahagikan kepada 3 fasa, yang pertama memaparkan cebisan-cebisan masalah yang melanda umat Islam hari ini. Fasa kedua merupakan retrospektif sejarah ringkas Islam dan kegemilangannya yang pernah kita kecapi. Fasa ketiga, kesimpulan dan peranan yang perlu kita hidupkan untuk mengembalikan Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat 1400 tahun dahulu. Video ini juga telah ditayangkan dalam banyak penyampaian motivasi sama ada di dalam mahupun di luar UK & Eire. Semoga sama-sama mendapat faedah darinya, InsyaAllah..

Selamat Menonton.

Shift Your Paradigm ½

Shift Your Paradigm 2/2

PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: imammaliki.blogspot.com

Friendster: www.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

Thursday, May 01, 2008

MAZA

Mufti Perlis bersuara tentang Jom Heboh TV3.

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.

Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut.

"Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut.

"Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat.

"Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata.

"Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang.

Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja.

Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama.

"Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya.

Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun.

Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi.

Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok.

Rujukan:http://drmaza.com/