Friday, August 29, 2008

ISU-ISU TERKINI

Sudah lama tak update blog ni... banyak isu-isu kat Malaysia ni sekarang semakin panas antaranya isu politik(terutama kisah DSAI), isu perkauman, isu keagamaan, isu kemerdekaan dan isu konsert... Saya mulakan satu-satu...

Isu Keistimewaan Islam

BAR

Isu ini sebenarnya sudah lama bermula. Bermula dari rentetan isu Lina Joy, isu perebutan jenazah Koperal M. MoorthyI(pendaki Everest) dan kini kembali menghangatkan suasana panas di antara agama di Malaysia. Baru-baru ini terdapat perancangan untuk mengadakan Forum awam 'memeluk Islam' yang di anjurkan Majlis Peguam digagalkan oleh aktivis-aktivis Islam. Forum ini yang dikatakan dapat mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara juga ditegur oleh beberapa pemimpin negara termasuk PM, TPM, dan beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat.

Komen PenaMuslim: Aktivis-aktivis Islam sekarang mesti mencari jalan supaya dapat memberi kefahaman jelas kepada orang bukan Islam bahawa Islam bukan agama paksaan dan Islam itu merupakan agama yang berdiri diatas teras aqidah supaya kes-kes memohon kesamarataan agama di Malaysia tidak berlaku lagi. Tetapi dakwah itu penuh dengan cabaran....bersabarlah...

Isu Demontrasi Mahasiswa UiTM

UiTM

Pada 12 Ogos lalu, dikatakan 5000 mahasiswa UiTM Malaysia berarak ke pejabat SUK negeri Selangor untuk menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai bantahan cadangan MB Selangor mengenai kuota 10% bukan bumiputera masuk ke UiTM. Akhirnya memorandum itu dapat diserahkan kepada wakil MB oleh wakil pelajar. Kita yang sebelum ini acapkali mendengar supaya mahasiswa dilarang berdemontrasi, tak kurang juga akan dikenakan juga hukuman dan disabitkan kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Tapi versi demontrasi kali ini dihalalkan oleh pihak UiTM dan juga pihak kerajaan.

Komen PenaMuslim:

Apabila ada orang bertanya kepadaku, “Perlu ke gi demo tu?”. Aku jawab,”Ntah, pikir la sendiri... kalo ko rasa ko ‘Melayu’ sangat gi la... aku tengok dari jauh sudah la..”. terkedu member dek kerana aku jawab macam tu. Mungkin ada kawan ‘melayu’ aku memandang sinis sambil cakap,”Ko ni melayu ker? Ni untuk melayu.. aku pikir masa depan melayu jer... macam mana pun aku tetap nak gi demo tu atas dasar MELAYU”. Hatiku terdetik, kenapa perlu aku berdemo? Tak ada sebab konkrit pon...

Pertama sebabnya ini hanyalah CADANGAN bukannya keputusan ,

Kedua cadangan ini dibuat oleh MB Selangor, bukan Menteri Pengajian Tinggi.. kalo MPT yang bagi cadangan ada logik aku gi demo,

Aku tetap ada pendirianku, aku tetap MELAYU, aku tetap pertahankan MELAYU.... tapi rasanya tak salah pun kalau nak buka pada bukan bumiputera sikit, cuma salah pada prinsip sahaja dan jika ada cadangan supaya sebahagian UiTM dibuka kepada umat Islam tanpa mengira kaum, aku orang pertama setuju.. kerana Islam tidak pernah mengajar kita bersifat perkauman, tetapi mengajar kita supaya membina perpaduan berteraskan Islam. Aku lebih mahu dikenali sebagai beragama ISLAM daripada dikenali berbangsa MELAYU!!

Isu Kemerdekaan

merdeka

Hari Merdeka merupakan hari yang teramat istimewa kepada rakyat Malaysia kerana tanggal 31 Ogos setiap tahun, kita akan terkenangkan hari pembebasan Malaysia dari belengu penjajah. Dibulan-bulan ini jugalah kita akan terkenang jasa-jasa pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Tapi tak kurang juga yang cuba menyambut Hari Merdeka dengan program-program ilmu. Tapi dah menjadi trend sekarang bahawa Sambutan Merdeka tak sah tanpa konsert atau hiburan.

Contohnya sambutan kemerdekaan di salah satu IPT yang terkenal dengan mahasiswa Melayunya juga disambut dengan pelbagai program termasuk karnival-karnival, festival-festival, solat hajat, forum-forum, pertandingan-pertandingan, dan macam-macam lagi termasuk konsert-konsert. Macam-macam band yang datang membuat persembahan di atas tajaan beberapa termasuk syarikat telekomunikasi. Melayu... oh Melayu...

Komen PenaMuslim: Sambung dari atas eh..Nama band aku pun tak reti nak sebut... ntah la.. bunyi mcm OAG, jumpa pakcik Hussin... best kot jumpa pakcik Hussin.. hehe.. macam-macam lagi la... apa-apa pun, mintak konsert ini menyelitkan paling kurang unsur-unsur kemerdekaan, janganlah tertempik-tempik tak tentu fasal tu... susah akhirat nanti.

Isu Konsert

konsert

Isu ini sebenarnya telah lama bermula.. tapi yang ironinya isu konsert ini akan dihangat lagi apabila Malaysia mempunyai hari istimewa seperti Hari Merdeka, Sambutan Tahun Baru, dan tak melupai juga konsert-konsert mega tahunan, bulanan yang popular antaranya Konsert Jom Heboh TV3. Sekarang ini hangat diperkatakan tentang Konsert Jelajah Asia Avril Lavigne yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 29 Ogos 2008. Dan seperti kebiasaannya juga mesti terdapat pihak-pihak yang tidak senang dengan Konsert Avril Lavigne ni, kebanyakannya adalah NGO-NGO yang memperjuangkan syiar Islam di Malaysia.

Persoalannya sekarang kenapa perlunya konsert atau hiburan yang dicanang-canangkan sebagai program alternatif untuk menyambut sesuatu peristiwa? Adakah lebih elok kita memperbanyakkan program ilmu sempena hari-hari istimewa di Malaysia. Adakah kejayaan menganjurkan konsert itu maknanya merdeka kita dari konkongan lain? Komen saya di bawah....

Komen PenaMuslim : Hehehe...kadang-kadang agak kelakar apabila seseorang itu berpeluh peluh mempertahankan MELAYU ketika Melayu di cuit, tapi bila time ada konsert rock(ntah apa-apa ntah) yang tak ada elemen kemelayuannya itu, dia lah antara orang yang juga berpeluh-peluh berasak-asak untuk membeli tiket konsert dan menonton di konsert yang tanpa mengira batasan kaum adam dan hawa.... dunia ni penuh benda ajaibkan!

Isu kerjaya politik DSAI

Anwar

Politik tanah air kita kini digegarkan dan disensasikan dengan kedatangan kembali Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Bangunan Parlimen sebagai wakil rakyat terbaru Pakatan Rakyat yang memenangi kerusi Parliman Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu berikutan beliau memenangi 31,195 undi manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi manakala calon bebas(AKIM) hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi DSAI adalah 15,671 undi.

Ini merupakan kali kedua DSAI menjadi wakil rakyat selepas dahulunya beliau salah seorang pimpinan negara(TPM) cuma yang berbeza dulu mewakili BN manakala sekarang PR. Walaupun dikatakan(difitnah) beliau seorang peliwat, agen Yahudi, agen Amerika, agen bangsa Cina & India, kaki seks, beliau tanpa menghiraukan kata-kata orang terus berkempen dan berjaya mengalahkan fitnah-fitnah tersebut.

Komen PenaMuslim: Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah... Semoga DSAI menjalankan amanah yang diberi penuh bertanggungjawab..

Isu sumpah-menyumpah

Isu ini agak popular kebelakangan ini dan mempunyai kaitan langsung dengan kerjaya politik DSAI. Sumpah paling popular adalah sumpah Mohd Saiful Bukhari. Saiful yang mengakui bahawa dia diliwat oleh DSAI telah melafazkan sumpahnya yang diragui kesahihannya di Masjid Wilayah Persekutuan di hadapan beberapa ustaz dan wartawan pada 15 Ogos lalu. Isu ini pun dijadikan bahan kempen untuk menewaskan DSAI di P. Pauh.

Sumpah lain adalah sumpah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bersumpah di sebuah masjid yang terletak di Palimen P.Pauh bahawa beliau bersumpah tidak mengenali mangsa pembunuhan kejam(pengeboman), Altantuya Sharibuu yang dikaitkan dengan beliau terutama dalam pendedahan Raja Petra Kamarudin dalam webnya dan akuan bersumpah P. Bala Subramaniam.

Dan ada lagi beberapa sumpah terhangat di Malaysia sekarang termasuk sumpah Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali, ex-menteri besar Perak yang menafikan beliau terlibat dalam secara langsung dalam penahanan dua exco negeri Perak yang juga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dalam kes rasuah.

Komen PenaMuslim: Kalo kita tengok semua sumpah-sumpah terhangat itu, semuanya ada kaitan langsung atau tak langsung dengan politik.... itulah politik namanya.. lagi satu, sumpah(Wallahi, Wabillahi, Watallahi) itu merupakan tindakan antara kita & Allah sahaja.. mestilah dibuat dengan penuh keinsafan bukannya sambil senyum-senyum dan tersengih-sengih..

Kesimpulannya

Jika ada masalah, kembalilah pada ajaran Islam. Allah mengurniakan Al-Quran & Rasullullah mengajar Sunnah supaya umat Islam berfikir dan mengkaji.....

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).