Wednesday, June 29, 2011

18 nasihat dari Surah Al-Israa'


Bersempena Israa' Mi'raj ini, saya kongsikan nasihat-nasihat dari Surah Al-Israa'. Moga bermanfaat.

Nasihat 1: Selalulah membuat kebaikan (Ayat ke-7)
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."

Nasihat 2: Jangan terlalu mengejar kesenangan dunia (Ayat ke-18)
"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

Nasihat 3: Kejarlah akhirat melalui amal-amal yang baik (Ayat ke-19)
"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya."

Nasihat 4: Jangan jadi anak derhaka, jadilah anak soleh/solehah (Ayat ke-23)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Nasihat 5: Selalulah berdoa untuk ibubapa (Ayat ke-24) 
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Nasihat 6: Jangan boros & jangan membazir (Ayat ke 26-27)
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Nasihat 7: Jangan bunuh/buang anak (Ayat ke-31)
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar."

Nasihat 8: Jangan hampiri zina (Ayat ke-32)
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Nasihat 9: Jangan membunuh sesama manusia (Ayat ke-33)
"Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)."

Nasihat 10: Jangan makan duit anak-anak yatim (Ayat ke-34)
"Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."

Nasihat 11: Jadilah peniaga yang amanah (Ayat ke-35)
"Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)."

Nasihat 12: Belajar pada orang yang tahu (Ayat ke-36)
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

Nasihat 13: Jangan sombong (Ayat ke-37)
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang."

Nasihat 14: Selalulah bertasbih (Ayat ke-44) 
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."

Nasihat 15: Dirikanlah solat Maghrib & Subuh (Ayat ke-78)
 "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

Nasihat 16: Selalulah Qiamullail (Ayat ke-79)
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."

Nasihat 17: Bersederhana nada suara dalam doa & solat (Ayat ke-110)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu."

Nasihat 18: Selalulah puji kebesaran Allah (Ayat ke-111)
"Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Tuesday, June 28, 2011

Hijrah di kala Israa' Mi'raj


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  
Al-Israa': 1

Ayat pertama dari Surah Al-Israa' ini merupakan kisah yang dialami Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad (Sollallahu Alaihi Wasallam). Apabila kisah ini diceritakan pada orang ramai, Abu Jahal orang yang paling gembira kerana dia rasakan inilah masa yang sesuai untuk buktikan Muhammad ini sebenarnya tidak waras. Manakah mungkin Muhammad dapat ke Masjid Al-Aqsa dan ke Sidratul Muntaha dalam satu malam? Memang tak logik!!

Tetapi cerita Nabi Muhammad ini dipercayai bulat-bulat oleh Saidina Abu Bakar, sahabat baginda nabi. Itulah beza keimanan, ketaqwaan antara orang kafir dan orang mukmin sejati. Kepercayaan Saidina Abu Bakar itu sehingga kini menjadi bukti tentang kehebatan kepercayaan yang diletakkan pada Nabi Muhammad oleh para sahabat. Dipendekkan cerita, niat Abu Jahal tidak kesampaian untuk memalukan Rasulullah, malah kisah ini makin diterima oleh ummat Nabi Muhammad sehingga kini. Kisah ini boleh dibaca disini. 

Persoalan sekarang, bagaimana kepercayaan kita terhadap kisah Israa' Mi'raj ini. Adakah kita terima kisah ini sebagaimana Saidina Abu Bakar atau Abu Jahal. Alhamdulillah jika kepercayaan kita sepertimana Saidina Abu Bakar. Tetapi bukan semudah itu kawan-kawan. Jika hari ini kita masih tinggal solat, membuka aurat, menderhakai ibubapa, berdua-duan bermaksiat, jangan harap taraf kepercayaan kita setanding Saidina Abu Bakar. Mungkin kita hanya setaraf Abu Jahal, nauzubillah...

Dikala hampir ulangtahun Isra' Mi'raj ini marilah kita sama-sama muhasabah diri, termasuk diri saya. Apa yang telah kita lakukan yang boleh menyebabkan kita bangga akan diri kita dan bermakna untuk ummat Islam? Tepuk dada tanya iman... Jika kita masih ditakuk lama, jom berhijrah kearah lebih baik. Jadikan tarikh ini titik tolak hijrah seperti mana apa yang Nabi Muhammad rasa. Nikmat tak terkata selepas dijemput Jibril ke Sidratul Muntaha.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
~HR Muslim & Bukhari~

Rakyat kuyup meredah hujan ekonomi



"Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya."
Al-Israa':30

Soalan: 
Apa pendapat anda tentang ekonomi Malaysia sekarang?

Jawapan:
Si A(Yakin):  Ekonomi Malaysia amat bagus. Negara lain lagi teruk!!

Si B(Optimis): Jika kita lihat trend ekonomi Malaysia sekarang, kita nampak perubahan yang bagus. Kerajaan telah lakukan transformasi yang bagus sekali. Malaysia boleh!!

Si C(Mengharap): Boleh la.. saya hanya berharap ekonomi akan lebih baik..

Si D(Tak yakin): Kurang bagus.. ramai graduan menganggur. Kalo dapat keje pon, gaji tak cukup.

Si E(Hilang keyakinan): Ekonomi Malaysia? Rosak! Taraf hidup makin tinggi.

Itulah persoalan yang timbul bila berbicara mengenai ekonomi di Malaysia. Realitinya kita sendiri boleh menilai dengan melihat keadaan sekeliling, taraf hidup masyarakat setempat, kenaikan & penurunan harga barang. Buat masa sekarang tiada orang nafikan taraf hidup makin tinggi & harga barang makin naik.

Ekonomi Malaysia Bagus!!

Jika kita lihat media-media utama di Malaysia kebanyakan berita mengumumkan keuntungan syarikat-syarikat besar di Malaysia. Antaranya:
1.Keuntungan Petronas Meningkat!: Link
2.Keuntungan TNB Meningkat!: Link
3.Keuntungan Khazanah Nasional Meningkat!: Link
4.Keuntungan Maybank Meningkat!: Link
5.Keuntungan PNB Meningkat!: Link
6.Keuntungan CIMB Meningkat!: Link
7.Keuntungan Telekom Meningkat!: Link
8.Keuntungan Proton Meningkat!: Link
9.Keuntungan UMW Meningkat!: Link
10.Keuntungan Media Prima Meningkat!: Link

Banyak untung woo!! Patut la ekonomi bagus!!

Bila ekonomi bagus, pe jadi??

1.Berita: Kos membiayai kediaman PM & TPM hampir RM49juta dari 2006-2010(5 tahun).
Saya pun baru berkenalan Seri Perdana Putrajaya, nak kenal klik sini.
Wow!! Kaya Malaysia ni...

2. Belanja lawatan rasmi PM lebih RM900 ribu sebulan. 
Banyak betul kerja PM kita. Mesti letih. Susah-susah untuk rakyat. Terima kasih PM!!
Sumber: Link

3. Kerajaan rugi RM70juta kerana silap rancang Loji Sinakut.
Baru RM70 juta.. Ekonomi kukuh, tak da hal..
Sumber: Link

Kesan pada rakyat
1.Taraf hidup makin menghimpit rakyat. Harga barang makin naik. Jurang kaya dan miskin makin meningkat.

2.Rakyat bawahan terus termenung pikir masa depan.....
Cuba Teka Rumah Siapakah Ini? Jawapan:TGNA

"Pandanglah orang yang berada dibawahmu, dan jangan kamu suka memandang orang yang berada diatasmu, karana yang demikian itu lebih pantas, agar kamu semua tidak menganggap remeh nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu." 
(HR. Bukhari – Muslim)

Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah~~~


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al-Nahl:18

Alhamdulillah... Satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan. Saya percaya semua pembaca bersetuju. Bagaimana cara menzahirkan syukur kita? Paling kurang amalkan 'Amal makruf nahi mungkar'. Itulah langkah pertama untuk mulakan syukur. Nilaikan diri kita dan selamat beramal. Akhir sekali amalkan doa dari surah Ali-Imran ayat 173 ini. InsyaAllah...

"Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)"