Friday, January 04, 2008

ORANG SEKARANG LUPA DIMANA MALU MEREKA??

~Orang yang tahu menjaga kemaluannya seperti orang miskin yang menjaga barang kemas ~

~Orang yang tidak tahu menjaga kemaluannya seperti orang miskin yang lupa dimana ~ letaknya barang kemas mereka, dan mereka juga tidak cuba mencarinya.

“Ko rasa orang macam ni tak ada perasaan malu ker?”, Tanya seorang remaja kepada sahabatnya ketika mereka berselisih dengan seorang wanita yang berpakaian menjolok mata. “Entahlah…., tak ada kot.. ye tak ye jugak kan? Macamana diaorang boleh pakai macam tu kalau dia ada malu”, balas sahabatnya.

PERSOALANNYA: Kalau dah berpakaian yang tak nampak macam berpakaian, dimana malu mereka yang berduit tapi berlagak miskin(tak cukup duit nak beli kain) ni????

Atau nilah yang dikatakan fesyen berteknologi(semakin dekat Hari Kiamat). Tapi jangan terkejut kalau ada diantara orang ramai mengatakan orang yang ‘freehair’ bagi wanita & ‘freeslack’(seluar pendek) bagi lelaki tu adalah orang yang baik & patuh pada perintah Allah. Kenapa mereka mengatakan macam tu… kerana kebanyakn manusia hanya pandai menilai pada sikap bukan pada akhlak islamiyyah keseluruhan… ini terbukti di mana mana peringkat.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Malu itu adalah sebahagian daripada iman”.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmizi).

Berdasarkan hadis ini, orang yang mengaku mereka beriman perlulah mempunyai sifat malu.
Ini kerana, apabila berkurangan atau tidak ada rasa malu, maka itu adalah tanda kelemahan atau ketiadaan imannya. Sesungguhnya, iman dan rasa malu mempunyai kaitan atau hubungan yang sangat erat.

Perhatikan sabda Nabi yang bermaksud: “Malu dan iman itu adalah satu rumpun. Apabila terangkat (hilang atau tiada) salah satu (daripada kedua-duanya), maka hilang pula yang lain.” (Hadis riwayat Al-Hakim).

Rasulullah dengan jelas mahu mengajar atau mendidik umatnya agar bertabiat atau bersifat pemalu. Ini kerana Baginda adalah seorang yang sangat atau paling tinggi sifat pemalunya, malah dikatakan sifat malu baginda lebih tinggi daripada pemalunya gadis pingitan.

Mengapa Nabi mengaitkan iman dengan rasa malu? Jawabnya orang yang memiliki iman atau kuat rasa keimanannya, tentu akan mempunyai perasaan malu. Apabila perasaan malu tidak ada, bermakna iman sudah tidak ada. Demikianlah sebaliknya.
Memang tidak dinafikan sebagai manusia kita tidak sunyi melakukan dosa atau kesalahan, tapi adakah kita akan sentiasa mengikuti kata kata nafsu kita sehinggakan ‘saham’(dosa) yang kita miliki akan sama dikongsi bersama masyarakat setempat.

Bukankah banyak ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Hanya terkadang ada diantara kita yang terus menerus dalam keangkuhan, padahal suatu saat dia akan kembali kepada Allah. Ingat sahabat, betapa banyak pun duit kita, betapa tinggi pun jawatan kita satu hari nanti tanah jugak menjadi hamparan, dinding dan langit rumah kita. Samada kita selesa atau tidak, itu bergantung kepada amalan kita.

Penulis ingin berkongsi satu lagu nasyid iaitu Farshy Al-Turab oleh Mishary Al-Arada. Video lagu ni boleh ditonton menerusi YouTube.com. Linknya:

Dalam video ini, Mishary Al-Arada menginatkan kita tentang mati. Video ni sangat-sangat bagus. Untuk pengetahuan, lagu ini juga telah didendangkan oleh Ust Akhil Hayy, artis nasyid Malaysia.

PenaMuslim

*http://imammaliki.blogspot.com/

*http://www.friendster.com/penamuslim

No comments:

Post a Comment