Monday, October 16, 2006

KE MANAKAH KITA???

Assalamualaikum wbt..
Selamat berpuasa dan isyAllah selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua sahabat2 , semoga kita ditetepkan dan ditingkatkan iman supaya kita dapat menempuh Ramadhan ini dengan penuh kenikmatan dan keredhaanNya.
Tergerak tangan ini menaip 1 isu yang kadang2 kita tidak pikir dengan warasnya.Isu yang saya utarakan adalah untuk meyedarkan @ mengingatkan tugasan kita di bumi Allah ini..Sahabat sekelian, salah satu tugas utama umat manusia berada di bumi ini adalah untuk menjadi khalifah.Khalifah ini bukan hanya bermaksud menjadi ketua, tp jugak menjadi pembimbing, penasihat kepada manusia yang lain.Tapi alangkah sedihnya ramai manusia sekarang x ada ciri2 seorang pemimpin..bahkan bukan sahaja nak nasihat orang, diri sendiri pun x terjaga.Saya juga mengingatkan diri saya juga..
Cuba kita tengok di persekitaran kita, betapa ramai umat islam yang tidak sedar diri mereka sebenarnya munafiq dan fasiq.Awas sahabat2ku, ramai manusia sekarang mengaku baik sedangkan dia x mengamalkan amal ma'ruf nahi mungkar.Cthnya kisah sahabat saya ini menceritakan kebaikan sahabatnya.Dia cakap sahabat dia ni baik sgt, sanggup berkorban demi kawan, kasih pada ibu bapanya, rajin study dan mcm2 lg kebaikan.Siap cakap lagi sanggup buat apa sahaja untuk sahabatnya itu.Tapi alangkah malangnya sahabat dia ni x menutup aurat..hujung minggu berkepit dengan jantan.. Kalau lah mcm ini dikatakan baik,masyaAllah.. teruknya perspektif manusia.. ingat sahabatku Allah x pandang kebaikan kita terhadap manusia jika kita x ada sikap berterima kasih kepada Allah.
Disini saya nak kongsikan sedikit kajian daripada student dari salah sebuah universiti di Mesir dimana mereka membuat kajian ttg kefahaman rakyat Mesir ttg Islam.Yang mengejutkan adalah 78% rakyatnya sudah tidak lagi mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. kebanyakan dari mereka mengurangkan aktiviti keagamaan kerana sibuk dengan kehidupan duniawi dan mengejutkan lagi 48% remaja Mesir terpengaruh dengan budaya barat... masyaAllah sahabat.. mereka terpengaruh budaya barat sedangkan negara2 islam sekarang berhadapan ancaman dari negara2 barat.. keadaan ini bukan sahaja berlaku di Mesir tpi juga negara islam yang lain malahan Malaysia sendiri. Cuba fikirkan masih ramai menyokong barangan barat cth McD, KFC, Starbuck, dan mcm2.Saya lebih menekankan makanan sebab ia menjadi darah daging kita.. darah yang akan mengalir bukan shj pada anak cucu kita bahkan generasi kita.. Semoga Allah menjauhi kita dari perkara itu.
Satu lagi kajian yang dilakukan di Indonesia, ramai rakyatnya menerima Islam Liberal dengan hati terbuka.Mereka bukan sahaja membenarkan malah menjayakan da'yah ini.Daripada analisi, 85% berpuas hati terhadap tehadap sistem Islam Leberal.MasyaAllah... apa nak jadi ni??? petanda kiamat sudah dekat sahabatku..Banyak lagi saya terbaca artikel yang menceritakan ttg kerosakan umat islam sekarang... semoga kita x tergolong dalam golongan spt ini..
Walaupun kita bercerita ttg negara lain, kita berbalik dengan keadaan kita sekarang.... adakah kita sama dengan mereka??? hanya kita sahaja yang dapat memberi jawapan..oleh itu sahabat sekalian, marilah kita sama2 nasihat menasihati sesama kita.. Kalau kawan kita salah tegurlah, dan kalau kita salah dan orang lain menegurnya, terimalah..lembutkan hati menerima teguran.Semoga kita sentiasa berada di jalan kebenaran.. InsyaAllah.. seperti mana hadis daripada Abi Hurairah, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Awasilah kamu daripada sangkaan kerana sangkaan itu sebohong-bohong cerita. Jangan kamu mengintip, jangan kamu berebut-rebut, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu bermusuh-musuhan dan jangan kamu berkelahi, malah jadikanlah diri kamu hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis ini, Rasulullah menasihatkan umat Islam supaya menjauhi segala sifat buruk yang boleh melemahkan perpaduan di kalangan umat manusia.
Antara sifat yang berbahaya ialah sangkaan yang tidak berasas, mengintip rahsia, berlumba-lumba merebut kepentingan sendiri, berhasad dengki, berkelahi dan bermusuh-musuhan sesama sendiri. Janganlah kita bersangka buruk erhadap sahabat2 kita..Ingatlah kita semua adalah hamba Allah yang bersaudara.
Jelasnya, kikislah sifat busuk yang ada di hati demi keharmonian hidup dalam sebuah masyarakat Islam yang aman damai.InsyaAllah, jika kita menghidupkan budaya pesan nasihat menasihati tanpa rasa buruk sangka kita akan menuju kehidupan Islam yang sebenar iaitu Islam yang bergemerlapan dari pelbagai aspek.Fikir2kanlah sahabat... apakah nasib kita... mana arah kita??? SYURGA @ NERAKA???


Wassalam

Abdul Malek

Sunday, October 15, 2006

Contohi iltizam Rasulullah gemilangkan Islam

AGAMA Islam yang dibawa oleh Rasulullah menganjurkan nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian baginda yang memiliki akhlak mulia, sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini menyumbang kepada keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat.Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah dibuktikan apabila masyarakat Arab jahiliah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan berjaya membina tamadun manusia yang sangat mengagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab tersebar dalam panji Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan, bangsa Arab sudah mencipta kejayaan yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Rahsia di sebalik kecemerlangan ini ialah keamanan yang dibawa oleh Islam dan perjuangannya hingga Islam menjadi agama yang dikagumi dan disegani.Agama Islam membawa kesejahteraan. Ketika Rasulullah menyelesaikan masalah masyarakat Islam, Baginda sentiasa menjurus kepada keamanan dan kedamaian. Demikian jugalah sikap Baginda ketika berhadapan dengan musuh.Firman Allah bermaksud: “Allah tidak melarang kamu (berbuat baik dan berlaku adil) kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah (hanya) melarang kamu menjadikan sebagai kawan orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan mereka membantu (orang lain) mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)Dalam berdakwah, Rasulullah tidak mendahulukan menghukum. Sebaliknya, Baginda sentiasa mengajar sahabat bahawa mendidik adalah lebih utama. Ini dapat disaksikan dalam peristiwa seorang Arab Badwi yang kencing dalam masjid. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sifat rahmat yang dibawa oleh Baginda yang melahirkan perasaan kasih sayang di kalangan umat Islam. Kekecohan dan kekalutan bukan sifat Baginda.Islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa keselamatan dan keamanan sama ada kepada yang mukmin atau kafir. Kekeliruan di hati masyarakat dunia, apatah lagi di mata musuh Islam perlu diperbaiki.Apabila syura menjadi keutamaan Rasulullah, maka itu juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Baginda dapat bertolak ansur dengan kaum Musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah, maka tidak ada sebab kita tidak boleh mengamalkan sikap sedemikian.Kebijaksanaan yang dipamerkan oleh Rasulullah hendaklah dicontohi, terutama mereka yang mendukung dakwah Islam. Agama Islam yang cemerlang perlu dizahirkan kegemilangannya melalui tindak-tanduk penganutnya. Sifat agama Islam yang mementingkan keselamatan mesti ditonjolkan melalui tutur kata dan tingkah laku berhemat. Perkataan berbentuk makian, ancaman dan penghinaan sesama Islam perlu dihentikan kerana ia membawa gambaran bertentangan dengan Islam yang sebenar.Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang membicarakan seseorang lain dengan sesuatu yang tidak ada padanya kerana hendak mengaibkannya, nescaya Allah akan mengurungnya dalam neraka jahanam hingga dia datang untuk membebaskan apa yang dikatakannya mengenai orang itu.” (Hadis riwayat at-Tabrani)Setiap orang Islam perlu menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan dipelihara. Malah, kesedaran ini hendaklah diikuti dengan usaha penuh iltizam.Sesungguhnya keselamatan dan kesejahteraan di dunia berkait rapat juga dengan kejayaan hidup kita di akhirat nanti.

Imam Malek

Tuesday, October 10, 2006

5 cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Imam Malek

Monday, October 09, 2006

Membersihkan hati dengan membaca al-Quran

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor?
Dalam hal ini, Rasulullahsaw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."
Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya." Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya".
Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya. Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.Sabda Rasulullah: "Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya."Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.Hadis Nabi: "Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.“Ayat itu ialah ayat Kursi." (Hadis riwayat Tirmizi).Firman Allah bermaksud: "Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti."
Imam Malek

Sunday, October 08, 2006

Manusia akhir zaman cintakan dunia

UMAT Islam hari ini sedang berada pada akhir zaman. Tidak dinafikan zaman ini adalah zaman ramai manusia tertarik dan terpesona terhadap kehidupan dunia. Zaman ini juga adalah zaman banyak berlaku pelbagai bentuk kejahatan dan penyelewengan di sana sini demi untuk merebut pangkat serta kedudukan.
Dalam hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa pada suatu masa nanti semakin ramai manusia yang hatinya terpaut kepada dunia. Hadis itu bermaksud: “Akan datang kepada umatku suatu zaman, di mana mereka lebih cinta kepada lima perkara dan lupa kepada lima perkara lain iaitu cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat; cinta kepada harta dan lupa kepada hari hisab (perhitungan); cinta kepada makhluk dan lupa kepada khaliq (penciptanya); cinta kepada dosa dan lupa kepada taubat; cinta kepada mahligai dan lupa kepada makam (kuburan).”

Setiap Mukmin tentu sedar dan yakin bahawa dunia yang dihuni sekarang hanyalah tempat persinggahan sementara. Dunia itu sendiri bererti pendek, dekat atau tidak lama. Dunia yang didiami manusia ini akhirnya akan lenyap dan binasa. Yang abadi lagi kekal ialah kehidupan akhirat. Akhirat bererti kemudian hari. Allah sendiri menyifatkan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.Lamanya masa hidup di alam dunia ini diibaratkan Rasulullah sebagai bermimpi sewaktu tidur. Menerusi hadis lain, Baginda mengumpamakan sebagai musafir sedang berjalan di bawah bahang matahari, lalu dia berhenti berehat di bawah sebatang pohon. Apabila rasa penat sudah hilang dan udara panas kembali elok, maka musafir terbabit menyambung pengembaraannya dan tidak kembali lagi ke tempat itu untuk selama-lamanya.Allah sebagai pemberi rezeki sudah memberikan pelbagai bentuk nikmat dan kesenangan kepada manusia. Mereka yang dianugerahkan kemewahan perlulah menghayati dan mensyukuri nikmat itu dengan memanfaatkannya ke jalan kebaikan demi mendekatkan diri kepada Allah di samping mencapai kehidupan lebih baik di akhirat. Namun, kecenderungan kepada kemewahan dan kesenangan dunia sudah menjadi tabiat manusia meskipun dunia yang dikejar itu suatu masa nanti akan binasa.Muslim sejati perlulah memiliki jiwa atau perasaan tidak terlalu mencintai dunia hingga tidak mempersiapkan bekalan secukupnya untuk menghadapi kehidupan akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bercita-citakan kehidupan akhirat, maka Tuhan menjadikan kekayaan dalam hatinya, dihimpunkan segala kepentingannya, dan diberikan kepadanya kenikmatan hidup ini seberapa perlunya. Sesiapa bercita-citakan kehidupan dunia, Allah menjadikan kemiskinan antara dua matanya, dipisahkan daripadanya apa yang menjadi keperluannya dan tidak di-berikan kepadanya kenikmatan hidup dunia kecuali apa yang sudah ditentukan.” – (Hadis riwayat aT-Tarmizi).

Cinta kepada harta lupakan hisab (perhitungan).Islam tidak menghalang penganutnya mencari harta sebanyak mungkin asalkan caranya halal dan perkara paling mustahak ialah jangan sampai harta benda atau kekayaan itu dijadikan tujuan hidup. Anggaplah harta anugerah Allah itu sebagai barang amanat dan sebagai alat saja, iaitu alat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat mewujudkan perhubungan erat dan mesra antara sesama manusia. Biarpun begitu, tidak sedikit jumlah mereka yang menjadikan harta benda sebagai matlamat kehidupan hingga sampai kepada ‘tujuan menghalalkan cara’.Perlu diingat bahawa harta yang diperoleh walaupun dengan ikhtiar dan usaha sendiri, namun ia sebenarnya anugerah Allah, sekali gus milik mutlak-Nya. Manusia hanyalah pemegang amanah dengan kemampuan dan hak yang terbatas. Walaupun manusia bekerja keras, tetapi jika tanpa izin Allah, manusia tidak akan mencapai kejayaan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kerajaan langit dan bumi dan yang ada di antara kedua-duanya adalah kepunyaan Alah.” – (Surah al-Maidah, ayat 17).
Sebenarnya cara pemilikan dan penggunaan harta sudah digariskan Islam di mana seseorang itu boleh mencari harta atau wang ringgit secara halal, kemudian dia berhak memanfaatkan atau membelanjakan harta itu dengan wajar iaitu tidak mewah atau berlebih-lebihan hingga ke tahap pembaziran. Oleh kerana dalam harta miliknya itu sebenarnya ada hak orang lain, maka seseorang berkewajipan membayar zakat, menafkahkan untuk pembangunan Islam dan kepentingan masyarakat umum serta bersedekah kepada golongan yang hidup susah.
Cintakan makhluk lupakan Khaliq.Mencintai Allah akan menjadikan seseorang sentiasa tekun beribadah dan sujud kepada Allah, suka kepada kebajikan dan beramal salih. Tetapi akhir-akhir ini, ramai manusia jatuh cinta kepada makhluk hingga cuai dalam mengingati Allah. Contohnya, ramai manusia yang mengabaikan perintah Allah dan menentang hukum Allah. Mereka sibuk dengan kerjaya, mesyuarat, mengejar keuntungan dan sebagainya, tetapi lupa kepada kewajipan solat.Mencintai Allah perlu ditempatkan pada kedudukan tertinggi kerana cintakan Allah akan memantulkan kebaikan kepada manusia sendiri sama ada dalam kehidupan dunia atau akhirat. Orang yang benar-benar mencintai Allah dalam kehidupan dunia ini akan sentiasa beroleh petunjuk dan ketenteraman hidup.

Cinta berbuat dosa lupakan akhirat.Tidak dinafikan bahawa manusia tidak terlepas daripada dosa kerana manusia bersifat lemah dan lupa. Ada di kalangan manusia sengaja atau gemar melakukan pelbagai perbuatan yang menjadi larangan agama. Akibat terlalu asyik dengan keseronokan melakukan sesuatu yang sebenarnya dilarang agama akhirnya ada yang lupa bertaubat apatah lagi jika menemui ajal secara tiba-tiba. Berkaitan dengan dosa manusia, ia boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, dosa yang dilakukan secara sedar dan kedua, dosa disebabkan kejahilan.Biarpun begitu, pintu keampunan sentiasa dibuka Allah biar sebesar dan seberat mana dosa yang dilakukan.Rasulullah walaupun insan maksum (bebas daripada dosa) tetapi masih mengharapkan keampunan dan taubat daripada Allah.Justeru, apakah kita manusia biasa yang banyak dosa, sudah tentulah sepatutnya sentiasa beristighfar atau bertaubat.Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa taubat yang sebenarnya (taubat nasuha) ialah ‘meninggalkan (berbuat) dosa dengan niat tidak akan mengulangi lagi berbuat demikian pada masa akan datang.’

Mencintai mahligai lupakan makam (kuburan)Hari ini, ramai orang yang suka membina rumah dan gedung besar bagaikan istana sedangkan ia hanya diduduki untuk tempoh singkat. Hakikatnya, kuburan yang luasnya hanya beberapa meter adalah tempat bersemadi untuk tempoh yang lama hingga menunggu hari kiamat.Biarpun rumah dibina di dunia itu begitu mewah bagaikan kubu pertahanan untuk mempertahankan diri daripada serangan atau gangguan luar, namun ia tidak dapat menghindari kedatangan malaikat maut apabila tiba masanya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada dalam benteng tinggi lagi kukuh.” – (Surah An-Nisa’, ayat 78).
Sesungguhnya, lima perkara ini perlulah diberikan perhatian setiap Muslim. Semoga dengan memperhatikan kelima-lima perkara itu, kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.
Imam Maliki

Friday, October 06, 2006

Assalamualikum....

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat membuka satu blog yang saya fikir salah satu cara untuk kita berbincang, berkongsi pendapat atau idea berkaitan Islam untuk sama-sama kita mendapat manfaat darinya....
Diharapkan blog ini dimanfaat sepenuhnya untuk perjuangan dalam Islam dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya, diberikan kekuatan untuk kita berjuang untuk ad-dinNya....

Wassalam
Imam Maliki