Sunday, March 22, 2009

Rasulullah dalam kenangan


Bentuk Fizikal

Al-Bara' bin 'Azib ra berkata:"Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat tampan wajahnya, sangat luhur budi pekertinya, beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula terlalu pendek." (HR. Al-Bukhari)

Masih dari Al Bara' ra ia berkata:"Rasulullah SAW memiliki dada yang bidang dan lebar, beliau memiliki rambut yang terurai sampai ke cuping telinga (bahagian bawah telinga), saya pernah menyaksikan beliau mengenakan pakaian berwarna merah, belum pernah saya melihat sesuatu yang lebih indah daripada itu." (HR. Al-Bukhari)

Abu Ishaq As-Sabi'i berkata:"Seseorang pernah bertanya kepada Al-Bara' bin 'Azib ra: "Apakah wajah Rasulullah SAW cengkung seperti sebilah pedang?" ia menjawab: "Tidak, bahkan bulat bagaikan rembulan!" (HR. Al-Bukhari)

Anas bin Malik ra mengungkapkan:"Belum pernah tanganku menyentuh kain sutera yang lebih lembut daripada telapak tangan Rasulullah SAW. Dan belum pernah aku mencium wangian yang lebih harum daripada aroma Rasulullah SAW " (Muttafaq 'alaih)

Di antara sifat baginda adalah "pemalu", sampai-sampai Abu Sa'id Al-Khudri ra mengatakan:"Rasulullah SAW itu lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, niscaya kami dapat mengetahui ketidaksukaan beliau itu dari wajahnya." (HR. Al-Bukhari)

Akhlak dan Budi Pekerti

Perilaku seseorang merupakan kayu ukur akal dan kunci untuk mengenal hati nuraninya. 'Aisyah Ummul Mukminin ra adalah orang baik yang mengenal akhlak Rasulullah SAW dan yang dapat menceritakan keadaan baginda. 'Aisyah ra adalah orang yang paling dekat dengan baginda baik ketika tidur mahupun terjaga, pada ketika sakit mahupun sihat, pada saat marah mahupun redha.

Aisyah ra berkata: Rasulullah SAW bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji, beliau bukan seorang yang suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, beliau suka memaafkan dan merelakan. (HR. Ahmad)

Demikianlah akhlak baginda selaku nabi umat ini yang penuh kasih sayang dan selalu memberi petunjuk, yang penuh anugerah serta selalu memberi nasihat. Al-Husein cucu beliau menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata: "Aku bertanya kepada ayahku tentang adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda, ayahku berkata: "Baginda sentiasa tersenyum, luhur budi pekerti lagi rendah hati, baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkanya pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas. Baginda meninggalkan tiga perkara: "riak', berbangga-bangga diri dan hal yang tidak bermanfaat."

Dan baginda menghindarkan diri dari manusia kerana tiga perkara: "baginda tidak suka mencela atau memaki orang lain, baginda tidak suka mencari-cari aib orang lain, dan baginda hanya berbicara untuk suatu maslahat yang bernilai pahala." Jika baginda berbicara, pembicaraan baginda membuat sahabat-sahabat duduknya tertegun, seakan-akan kepala mereka dihinggapi burung (kerana khusyuknya). Jika baginda diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak pernah membantah sabda beliau. Bila ada yang berbicara di hadapan baginda, mereka diam memperhatikannya sampai ia selesai bicara. Pembincangan mereka bersama baginda hanyalah perbincangan yang bermanfaat saja. Baginda tertawa bila mereka tertawa. Baginda bersabar menghadapi orang asing yang kasar ketika berbicara atau ketika bertanya sesuatu kepada baginda, sehingga para sahabat selalu mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu guna mengambil faedah. Baginda bersabda: "Bila engkau melihat seseorang yang sedang kesusahan, maka bantulah dia." Beliau tidak mahu menerima pujian orang kecuali menurut yang selayaknya.

Beliau juga tidak mahu memutuskan pembicaraan seseorang kecuali orang itu melanggar batas, baginda segera menghentikan pembicaraan tersebut dengan melarangnya atau
berdiri meninggalkan majlis." (HR. At-Tirmidzi)

Cubalah perhatikan satu persatu akhlak dan budi pekerti Rasulullah. Berpegang teguhlah akhlak tersebut dan bersungguh-sungguhlah dalam meneladaninya SAW adalah mengajarkan perkara agama kepada sahabat-sahabatnya, di antara yang baginda ajarkan adalah: "Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan ia memohon kepada selain Allah, ia pasti masuk Neraka." (HR. Al-Bukhari).

Di antaranya juga: "Seorang muslim adalah yang kaum muslimin dapat terhindar dari gangguan lisan dan tangan-nya, seorang muhajir (yang berhijrah) adalah yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT" (Muttafaq 'alaih).

Dan sabda baginda SAW: "Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid di malam kelam, berupa cahaya yang sempurna pada Hari Kiamat."
(HR. At-Tirmidzi dan Abu Daud)

Demikian pula sabda baginda SAW : "Perangilah kaum musyrikin dengan harta, jiwa dan lisan kamu." (HR. Abu Daud)

Diriwayatkan juga dari baginda: "Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan sebuah perkataaan yang belum jelas bermanfaat baginya sehingga membuat ia terperosok ke dalam api Neraka lebih jauh daripada jarak timur dan barat." (Muttafaq 'alaih)

Persahabatan
Rasullullah tak pernah menegur sahabatnya secara kasar atau jelik. Anas bin Malik ra menceritakan: "Pernah suatu kali seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dengan bekas celupan berwarna kuning pada pakaiannya (bekas za'faran). Biasanya Rasulullah SAW sangat jarang menegur sesuatu yang dibencinya pada seseorang di hadapannya secara langsung. Setelah lelaki itu pergi, baginda pun berkata: "Alangkah bagusnya bila kamu semua nasihatkan lelaki itu untuk menghilangkan bekas za'faran itu dari bajunya." (HR. Abu Daud & Ahmad)

Abdullah bin Mas'ud ra berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: "Inginkah aku khabarkan kepadamu orang yang diselamatkan dari api Neraka, atau dijauhkan api Neraka darinya? iaitu setiap orang yang ramah, lemah lembut dan murah hati." (HR. At-Tirmidzi)

“Engkau dalam kenangan, Ya Rasulullah”

PenaMuslim
Email: penamuslim@gmail.com
Blog: http://imammaliki.blogspot.com/
Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim
YM: king_duck86@yahoo.com


No comments:

Post a Comment