Monday, March 23, 2009

[Dulu-dulu....] BERNAS II Ogos 2008

Pada 3, 9, & 10 Ogos 2008... kisah ini bermula....
Khidmat Masyarakat Bersama Anak-anak orang Asli(BERNAS II) menyusul setahun selepas BERNAS I. Perkampungan orang asli masih sama iaitu Kg Ulu Kuang, Rawang, Selangor darul Ehsan...

Misi kali ini pn masih sama iaitu berkonsepkan dakwah. Kalo sebelum ini, PBA datang mengajar membaca Iqra', kali ini PBA datang mengajar anak-anak orang asli untuk berwuduk' & solat...

Sebelum bercerita lanjut, untuk pengetahuan semua, anak-anak ni sungguh nakal bak kata seorang peserta 'nakal2 cute'... mungkin diorang biasa hidup lasak... :p

Seterusnya ana bagi gambar yang bercerita....

Sesi Teori : Sdra Azrel & Sdri Sakinah menjadi ustaz & ustazah pada hari tu....


Sesi Praktikal Wudu': macam2 gaya dapat tgk... sampai mcm nak mandi pn ada....


Sesi Praktikal Solat: Semua boleh ikut... macam2 gaya ada... gaya superman terbang pn ada..

Ni adalah solat real punya... PBA ajar anak-anak solat sunat dhuha... tp punya la mengepung sampai satu kampung... hehehe...


anak-anak tu bukan main happy dapat hadiah dari Ust Faizal... mcm graduation la plak.. :)


Bergambar bersama-sama selepas program... walaupn peserta keletihan... Usaha dakwah tetap dihati...


Lepas puas bergambar, souru plak....
[sepanjang program ini, masakan sepanjang program dimasak oleh makcik-makcik kat sana... best & fresh... syukran makcik]


Selepas makan nasi & bersembang, kitaorang cuci mulut dengan buah durian...
buah durian fresh dari hutan.. haha..
[Untuk pengetahuan semua, buah2 ini dikutip ketika kiatorang tengah mengajar anak-anak solat.. orang yang paling excited follow pak cik kat sana ke dalam hutan adalah Ust Faizal... dari berkasut kulit sehingga berkaki ayam... mabruk ya Ustaz... :)]


Video ini adalah cenderahati anak-anak orang asli kepada kami:


PenaMuslim: Masih terngiang2 tafsiran yang program ini ditaja oleh BERNAS(syarikat beras)... (",)

'Cuba jadi terbaik dari kalangan yang terbaik'
PenaMuslim

Sunday, March 22, 2009

[Dulu-dulu....]Program Bersama Anak2 Orang Asli di Ulu Kuang Ogos 2007


Pada bulan Ogos 2007 lalu(da lama da)... Ni 1st program yang secara langsungnya ana join Persatuan Bahasa Arab(PBA) UiTM... Program ni best.. pencetus idea dakwah dikalangan orang asli..

Nama Program: Khidmat Masyarakat Bersama Anak2 Orang Asli(BERNAS)
Tarikh: Ogos 2007(lupa tarikh sebenar)

Tempat: Perkampungan orang asli Ulu Kuang, Rawang

Peserta pergi sana naik bas UiTM.. tak jauh sangat dari Shah Alam.. dalam 40 min perjalanan sampai la di kampung tu... sebelum sampai kampung tu, ada kawasan tanaman sayur-sayuran... rasa mcm duk di CH pn ada... hehe..

Aktiviti kat sana adalah beramah mesra dengan penduduk kampung, pastu yang paling penting adalah bagi kelas bacaan Iqra' percuma kepada anak2 orang asli... yang menariknya bukan anak2 shj, makcik2 pn ada... alhamdulillah...

Yang lagi bersyukurnya, ana dapat berita yang 3 orang non-muslim di kampung tu peluk Islam slpas program kami ni... alhamdulillah....

Bersama anak-anak murid.. hehe..

makcik-makcik yang belajar Iqra'... Alhamdulillah


bersama otai2 Arab...(dari kiri: Ust Ahmad Wan(x-penasihat PBA), Bukhari(x-presiden PBA), Kamarul, & Malek.

'Cuba jadi terbaik dari kalangan yang terbaik'
PenaMuslim
Email: penamuslim@gmail.com
Blog: http://imammaliki.blogspot.com/
Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim
YM: king_duck86@yahoo.com


Rasulullah dalam kenangan


Bentuk Fizikal

Al-Bara' bin 'Azib ra berkata:"Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat tampan wajahnya, sangat luhur budi pekertinya, beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula terlalu pendek." (HR. Al-Bukhari)

Masih dari Al Bara' ra ia berkata:"Rasulullah SAW memiliki dada yang bidang dan lebar, beliau memiliki rambut yang terurai sampai ke cuping telinga (bahagian bawah telinga), saya pernah menyaksikan beliau mengenakan pakaian berwarna merah, belum pernah saya melihat sesuatu yang lebih indah daripada itu." (HR. Al-Bukhari)

Abu Ishaq As-Sabi'i berkata:"Seseorang pernah bertanya kepada Al-Bara' bin 'Azib ra: "Apakah wajah Rasulullah SAW cengkung seperti sebilah pedang?" ia menjawab: "Tidak, bahkan bulat bagaikan rembulan!" (HR. Al-Bukhari)

Anas bin Malik ra mengungkapkan:"Belum pernah tanganku menyentuh kain sutera yang lebih lembut daripada telapak tangan Rasulullah SAW. Dan belum pernah aku mencium wangian yang lebih harum daripada aroma Rasulullah SAW " (Muttafaq 'alaih)

Di antara sifat baginda adalah "pemalu", sampai-sampai Abu Sa'id Al-Khudri ra mengatakan:"Rasulullah SAW itu lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, niscaya kami dapat mengetahui ketidaksukaan beliau itu dari wajahnya." (HR. Al-Bukhari)

Akhlak dan Budi Pekerti

Perilaku seseorang merupakan kayu ukur akal dan kunci untuk mengenal hati nuraninya. 'Aisyah Ummul Mukminin ra adalah orang baik yang mengenal akhlak Rasulullah SAW dan yang dapat menceritakan keadaan baginda. 'Aisyah ra adalah orang yang paling dekat dengan baginda baik ketika tidur mahupun terjaga, pada ketika sakit mahupun sihat, pada saat marah mahupun redha.

Aisyah ra berkata: Rasulullah SAW bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji, beliau bukan seorang yang suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, beliau suka memaafkan dan merelakan. (HR. Ahmad)

Demikianlah akhlak baginda selaku nabi umat ini yang penuh kasih sayang dan selalu memberi petunjuk, yang penuh anugerah serta selalu memberi nasihat. Al-Husein cucu beliau menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata: "Aku bertanya kepada ayahku tentang adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda, ayahku berkata: "Baginda sentiasa tersenyum, luhur budi pekerti lagi rendah hati, baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkanya pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas. Baginda meninggalkan tiga perkara: "riak', berbangga-bangga diri dan hal yang tidak bermanfaat."

Dan baginda menghindarkan diri dari manusia kerana tiga perkara: "baginda tidak suka mencela atau memaki orang lain, baginda tidak suka mencari-cari aib orang lain, dan baginda hanya berbicara untuk suatu maslahat yang bernilai pahala." Jika baginda berbicara, pembicaraan baginda membuat sahabat-sahabat duduknya tertegun, seakan-akan kepala mereka dihinggapi burung (kerana khusyuknya). Jika baginda diam, barulah mereka berbicara. Mereka tidak pernah membantah sabda beliau. Bila ada yang berbicara di hadapan baginda, mereka diam memperhatikannya sampai ia selesai bicara. Pembincangan mereka bersama baginda hanyalah perbincangan yang bermanfaat saja. Baginda tertawa bila mereka tertawa. Baginda bersabar menghadapi orang asing yang kasar ketika berbicara atau ketika bertanya sesuatu kepada baginda, sehingga para sahabat selalu mengharapkan kedatangan orang asing seperti itu guna mengambil faedah. Baginda bersabda: "Bila engkau melihat seseorang yang sedang kesusahan, maka bantulah dia." Beliau tidak mahu menerima pujian orang kecuali menurut yang selayaknya.

Beliau juga tidak mahu memutuskan pembicaraan seseorang kecuali orang itu melanggar batas, baginda segera menghentikan pembicaraan tersebut dengan melarangnya atau
berdiri meninggalkan majlis." (HR. At-Tirmidzi)

Cubalah perhatikan satu persatu akhlak dan budi pekerti Rasulullah. Berpegang teguhlah akhlak tersebut dan bersungguh-sungguhlah dalam meneladaninya SAW adalah mengajarkan perkara agama kepada sahabat-sahabatnya, di antara yang baginda ajarkan adalah: "Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan ia memohon kepada selain Allah, ia pasti masuk Neraka." (HR. Al-Bukhari).

Di antaranya juga: "Seorang muslim adalah yang kaum muslimin dapat terhindar dari gangguan lisan dan tangan-nya, seorang muhajir (yang berhijrah) adalah yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT" (Muttafaq 'alaih).

Dan sabda baginda SAW: "Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid di malam kelam, berupa cahaya yang sempurna pada Hari Kiamat."
(HR. At-Tirmidzi dan Abu Daud)

Demikian pula sabda baginda SAW : "Perangilah kaum musyrikin dengan harta, jiwa dan lisan kamu." (HR. Abu Daud)

Diriwayatkan juga dari baginda: "Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan sebuah perkataaan yang belum jelas bermanfaat baginya sehingga membuat ia terperosok ke dalam api Neraka lebih jauh daripada jarak timur dan barat." (Muttafaq 'alaih)

Persahabatan
Rasullullah tak pernah menegur sahabatnya secara kasar atau jelik. Anas bin Malik ra menceritakan: "Pernah suatu kali seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dengan bekas celupan berwarna kuning pada pakaiannya (bekas za'faran). Biasanya Rasulullah SAW sangat jarang menegur sesuatu yang dibencinya pada seseorang di hadapannya secara langsung. Setelah lelaki itu pergi, baginda pun berkata: "Alangkah bagusnya bila kamu semua nasihatkan lelaki itu untuk menghilangkan bekas za'faran itu dari bajunya." (HR. Abu Daud & Ahmad)

Abdullah bin Mas'ud ra berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: "Inginkah aku khabarkan kepadamu orang yang diselamatkan dari api Neraka, atau dijauhkan api Neraka darinya? iaitu setiap orang yang ramah, lemah lembut dan murah hati." (HR. At-Tirmidzi)

“Engkau dalam kenangan, Ya Rasulullah”

PenaMuslim
Email: penamuslim@gmail.com
Blog: http://imammaliki.blogspot.com/
Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim
YM: king_duck86@yahoo.com


Pengalaman Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie di Palestin





(Artikel ini ana cedok dari http://jorasmin.blogspot.com/)

Salam...Alhamdullilah pada malam ini aku sempat mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengenai pengalaman beliau berada di bumi Palestin bersama-sama Angkawasan Negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie dan Pemuda Masjid.


Turut bersama-sama kumpulan Dr. Jamnul ialah 3 orang wartawan NSTP dan 7 orang dari TV3. Hanya dua jenis kumpulan sahaja yang boleh masuk ke Palestin sepanjang tempoh gencatan senjata iaitu kumpulan doktor dan juga wartawan. Pelbagai halangan bagi memasuki Palestin untuk tujuan misi bantuan ini, semuanya adalah atas faktor keselamatan. Dr. Jamnul tetap tabah dengan memperbanyakkan doa memohon Allah memberi peluang untuk bersama-sama rakyat Palestin dan membantu misi perubatan itu.


Beliau mahir berbahasa Arab dengan pengalaman belajar di Mesir selama 13 tahun digunakan untuk meyakinkan polis sempadan dan membenarkan mereka masuk. Beliau berkata, sepanjang menunggu kebenaran untuk memasuki Palestin, kelihatan sekumpulan unta melintas bermakna petanda baik bagi mereka menurut kepercayaan Arab. beliau memohon agar ulama2 Malaysia mendoakan supaya kumpulan mereka dapat memasuki Palestin bagi tujuan murni tersebut. Keyakinan ditambah dengan penyertaan Angkawasan Negara yang mengagumkan pihak polis sempadan dan akhirnya mereka berjaya memasuki Palestin melalui pintu belakang. Sebanyak 80 NGO menunggu peluang untuk masuk ke Palestin.


Proses untuk masuk ke Palestin bukannya mudah, mereka perlu melalui proses di mana kelulusan untuk masuk juga adalah dari pihak Israel sendiri. Maknanya mereka sahaja yang mempunyai kuasa dalam urusan ini. Kumpulan Dr.Jamnul berjaya menemui Hamas dan pihak kerajaan Palestin. Mereka berterima kasih atas kehadiran Pasukan Malaysia dalam membantu kesengsaraan rakyat Palestin.


Kumpulan Dr. Jamnul kesana adalah untuk urusan bantuan perubatan dalam merawat mangsa2 perang. Seramai 80 doktor dari segenap pelusuk dunia datang ke Palestin untuk misi ini dan mereka semua adalah pakar dari pelbagai cabang perubatan. Masing2 mempunyai satu niat ikhlas dan murni, membantu mangsa perang. Tidak ketinggalan Dr. Sheikh juga melakukan pembedahan seorang mangsa perang yang hancur kedua2 belah kakinya. Dr. Jamnul bangga dengan semangat keislaman dan ukhuwah diantara saudara Islam yang ditunjukkan oleh ahli-ahli perubatan itu. Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie serta kumpulan perubatan tidak memandang keselesaan, mereka sanggup tidur di mana asal ada kesempatan. Kumpulan ini disambut sebagai tetamu negara.


Semasa melakukan pembedahan, ketika itu juga kedengaran letupan dan bedilan bom dari pihak Israel berdekatan dengan pejabat pentadbiran hospital. Keadaan mangsa perang amatlah teruk, putus kaki, tangan, pecah kepala, hancur, bersepai dan macam2 lagi keadaan yang tidak sanggup kita lihat. Beliau dapat melihat kebenaran betapa sengsaranya mangsa kekejaman Israel ini. Alhamdullilah mereka ini semua mati syahid dan janji Allah ialah Syurga. Itulah tahap kematian yang ingin dicapai oleh semua umat Islam. Allah mengambil kesengsaraan mereka dan menggantikan dengan kenikmatan Syurga.


Melihat keadaan ini, Dr. Jamnul membuat panggilan ketanah air untuk bercakap dengan ahli keluarga, katanya sekiranya dia mati, janganlah dituntut mayatnya. Mayat2 syahid ini Allah pelihara tidak busuk, berkeadaan senyum seolah2 tiada kesengsaraan.

Tentera Israel bersifat seperti haiwan dan lebih teruk dari binatang. Mereka membabi buta membunuh bayi dan ibu, membakar dan macam2 lagi. Menyerang kompleks anak yatim, melepaskan bom menyebabkan anak2 yatim ini berkecai dan hancur sama sekali. Kata mereka, bayi ini akan menjadi askar, mereka akan menentang kami manakala ibu pula melahirkan askar-askar Islam. Mereka menembak bangunan rumah dengan kereta kebal, bergerak melalui runtuhan bangunan kerana bimbang akan periuk api yang ditanam oleh HAMAS.


Selepas misi perubatan selama 4 hari selesai, Seorang pemandu teksi membawa kumpulan Dr. Jamnul kerumahnya. Akhirnya dia mendedahkan diri bahawa dia adalah ketua kumpulan Hamas dikampungnya. Dr. Jamnul sempat ditunjukkan dengan kelengkapan persenjataan yang disimpan. Detik2 perpisahan amat menyayat hati, pemandu teksi itu berkata, sekiranya dia syahid, beliau akan menjadi saksi bahawa Dr.Jamnul dan rakan2 lain pernah datang ke Palestin membantu rakyat Palestin. Mereka berpelukan dan masing2 mengalirkan airmata kerana dengan semangat yang ditunjukkan oleh Islam Palestin. Dr.Jamnul berkali2 cuba menghubungi pemandu teksi itu sebaik sahaja keluar dari bumi Palestin namuk gagal. Cubaan terakhir ialah semasa sampai di Malaysia, adik kepada pemandu teksi itu memberitahu bahawa abangnya telah syahid dua hari yang lalu. Itulah kenangan yang amat menyayat hati.


Begitulah serba sedikit pengalamanDr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie semasa di Palestin. Semoga dengan pendedahan ini diharapkan akan menaikan semangat kita dalam berjihad menentang kezaliman dan penindasan terhadap Islam. Semoga kita diberi kekuatan seperti saudara Islam kita di Palestin.


Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie maafkan saya sekiranya apa yang disampaikan ini berlainan dari apa yang diceritakan oleh tuan. Yang buruk itu dari saya dan yang baik itu adalah dari ALLAH.
SALAM PALESTIN

kredit: http://jorasmin.blogspot.com/

Minda Muslim Super



Saya hari ini berkesempatan ke program Ceramah 'Minda Muslim Super' oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang dianjurkan oleh JIM IPT, Karisma Petaling Jaya dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab UiTM..
Program yang penuh bermakna ini diadakan di DKD, Bangunan Sains & Teknologi, UiTM Malaysia. Bermula jam 9.20 pagi sehingga pukul 12.20 tghari...

Dr Danial yang juga merupakan Penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang telah memberikan satu dimensi baru kepada peserta ceramah dengan memulakan pendahuluan yang sangat menarik iaitu berkenaan penghijrahan agama beberapa tokoh terkenal seperti Yusuf Islam, Rev David Benjamin Keldani, Dr Jerald Frederick Dirks, Dr Garry Miller dan Professor Fidelma O'Leary.

Dalam ceramahnya juga, Dr Danial mengupas beberapa ayat quran utk direnungi antaranya seperti Al-Baqarah:146, Isra':9, Muhammad:19, Yunus:92, Hadid:25 dan beberapa lagi. Dalam ceramah ini juga Dr Danial menekankan bebrapa perkara penting seperti kepentingan meninggalkan hadith Israiliyyat & Palsu.

Kebanyakan peserta memberi reaksi positif.... alhamdulillah...
Jutaan terima kasih kepada Dr Danial kerana sudi meluangkan masa memberi pendedahan berguna kepada warga islam di Shah Alam ini.. terima kasih juga kepada pak cik-pak cik JIM , mahasiswa IPT yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami mendengar ceramah yang berguna ini....
Scara jujurnya, ati ini semacam tak berpuas hati dengan ceramah Dr Danial, terlalu pendek(3 jam jer...).. hehe :)...
InsyaAllah, dengan hikmah yang ditunjukkan oleh Dr Danial, akan ada lagi ketibaan Dr Danial di UiTM Malaysia pada masa2 akan datang..
PenaMuslim
Email: penamuslim@gmail.com
Blog: http://imammaliki.blogspot.com/
Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim
YM: king_duck86@yahoo.com