Friday, March 07, 2008

MANA HIDAYAH UNTUKKU???

Mendapat hidayah dari Allah tidaklah sesenang kita memikat perempuan yang bernama Hidayah. Hidayah Allah mungkin datang ‘bergolek’ dan mungkin perlukan sedikit usaha dan cabaran. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang, maka dia diberi pendalaman dalam ilmu agama". (HR. Bukhari). Dalam Quran Surah Asy-Shams:8 yang bermaksud “ Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk mana yang baik” dan Surah Al-Imran:74 yang bermaksud “ (Dia) Allah menentukan rahmatNya kepada siapa yang dikehendakinya dan Allah mempunyai Kurnia yang Maha Besar”.

Menurut kedua-dua surah ini, hidayah Allah mungkin kita dapat melalui kurniaan Allah dan sebagai Ahlul Sunnah WalJamaah, kita percaya segala rezeki dikurniakan Allah disamping usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kita. Harapan dan doa agar saya, sahabat, dan umat Islam keseluruhannya mendapat hidayah Allah. Semoga contoh-contoh di bawah dapat memberi pengajaran kepada kita.

Faizal Tahir

· Tindakan naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir yang juga bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana ini berjaya menggemparkan negara. Perlakuan yang tidak senonoh yang diambil dari pengaruh artis barat tidak sewajarnya dilakukan oleh artis Malaysia apatah lagi artis Islam walau dalam apa keadaan sekali pun.

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton. Doakan dia kembali pada ajaran Islam yang hakiki.

siti

· Pada Disember 2007, terlaksanalah hajat Datuk Siti Nurhaliza untuk menunaikan haji bersama suami tercinta, Datuk K. Tetapi sejauh manakah niat Datuk Siti Nurhaliza untuk berubah dan menjdi ikon kepada remaja-remaja Malaysia apatah lagi remaja-remaja Islam. Mungkin beliau perlukan masa untuk berubah(bertudung & berpakaian mengikut syari’at Islam) sepenuhnya. Kita tunggu dan lihat……….

Photobucket

· Dulunya beliau terkenal dengan lagu ‘rock sempoi’, sekarang beliau terkenal dengan lagu dakwah Islamnya. Dulu nama glamornya Cat Steven, sekarang nama glamornya Yusof Islam. Itulah perubahan & penghijrahan seorang insan yang selalu memikirkan kejadian alam dan akhirnya tercetus ideanya untuk mengkaji semua agama termasuklah Islam. Dan satu-satunya agama yang lengkap bagi dirinya adalah agama Islam. Antara sebab beliau memeluk Islam adalah beliau kagum dengan isi kandungan dan bahasa Al-Quran dan kagum dengan pencipta Al-Quran iaitu Allah SWT. Semuanya kerana Hidayah Allah.

Yusuf Estet

· Penghijrahan yang luar biasa telah dilakukan oleh Yusof Estet iaitu dari bergelar Paderi Kristian dan kini beliau bergelar Pendakwah Islam. Pengkajian beliau tentang Al-Quran telah menukar identiti beliau. Sejak dari kecil beliau bergelumang dengan dunia Kristian, kini Yusof Estet menjadi salah seorang pendakwah antarabangsa. Syabas buat Sheikh Yusof Estet..

PenaMuslim

No comments:

Post a Comment