Friday, March 07, 2008

Photobucket

DUNIA LAGI PENTING DARI AKHIRAT?

Penulis agak terkejut dengan ruang artikel ‘rembat’ dari Surat Khabar Kosmo 2 Mac 2008. Kenyataan berani tidak bertempat yang cuba disampaikan oleh seorang penulis Kosmo ini menunjukkan kedangkalan seorang muslim yang terang-terangan memperlekehkan syariat Islam iaitu berkenaan isu aurat atlet Negara. Mungkin artikel ini sedikit bersifat politik, tetapi beliau tidak sepatutnya menperlekehkan syariat Islam semata-mata cogan kata ‘Majulah Sukan Untuk Negara’.

Penulis ini yang mungkin menyifatkan dirinya seorang aktivis sukan yang paling bersemangat mengemukakan pandangan beliau yang agak mementingkan dunia dari akhirat. Tidak melampau jika penulis menyifatkan penulisan penulis Kosmo ini menyentuh sensitiviti agama Islam. Antara penulisan beliau dalam artikel ini adalah:

Apabila memerhatikan perjalanan pilihan raya kali ini ada sesuatu yang membimbangkan saya.Beribu satu macam persoalan timbul khususnya dengan perkembangan sukan. Kadang-kadang saya terfikir apa akan terjadi dengan sukan andainya parti pembangkang memerintah negara. Menyelami lebih mendalam, ada beberapa sukan tertentu yang telah menaikkan nama negara selama ini di persada antarabangsa khususnya sukan renang, bina badan dan juga gimnastik. Saya bimbang sekiranya berlaku kejutan pada pilihan raya kali ini, sukan ini yang dilihat mampu melonjakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa akan berkubur. Mana tidaknya, sukan ini memerlukan peralatan yang tidak begitu disenangi parti pembangkang (tak periulah saya jelaskan) khususnya dari segi pemakaian. Ini adalah antara pandangan rakan-rakan atlet saya yang aktif dalam sukan ini ketika kami sedang menikmati minum petang di sebuah kafe di ibu Negara baru-baru ini. Mereka seronok bercerita tentang kempen pilihanraya tetapi pada penghujung bicara tetap melahirkan kebimbangan seandainya parti pembangkang memerintah. Rakan atlet saya tadi menyuarakan pandangannya kerana dia sudah melihat sendiri apa yang sudah terjadi dengan sukan-sukan ini di beberapa negara yang mempunyai terlalu banyak sekatan terhadap gaya pemakaian dalam sukan. Menurutnya, di negara sendiri pun sukan-sukan ini turut terkubur di negeri tertentu. "Terus terang saya katakan, jika keadaan ini berlaku di negara kita, sukan yang kami ceburi ini akan terkubur saya yakin akan terkubur," jelas rakan atlet saya itu. "Kalau boleh biarlah tidak berlaku apa-apa pada pilihan raya kali ini. Kami mahu kerajaan sedia ada terus memerintah kerana mereka sangat prihatin terhadap nasib atlet negara yang turut membantu mengharumkan nama negara di pentas antara­bangsa," katanya mengakhiri perbualan pada sesi minum petang itu. Bila dihayati kata-kata rakan tadi memang ada juga kebenarannya. Banyak yang boleh dijadikan contoh. Tidak periulah saya ambil contoh sukan yang sememangnya tidak disenangi pembangkang”.

Kalau betullah kita muslim yang sejati, kita tak terfikir langsung nak keluarkan kenyataan seperti itu. Mungkin mesej sebenar yang nak disampaikan oleh beliau adalah Islam itu ‘jumud’. Tetapi kebenarannya beliau dan rakan-rakannya yang ‘jumud’ kerana telah menyempitkan Islam tu sendiri. Rasulullah menggalakkan umatnya bersukan kerana sukan dapat menyihatkan badan dan baginda juga bersukan seperti memanah dan menunggang kuda, tetapi baginda tidak menyuruh ummatnya menggadaikan maruah agama dan diri dek kerana sukan. Fikir-fikirkanlah…...



PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

No comments:

Post a Comment