Tuesday, April 01, 2008

jihad

KAMI BERSAMAMU, YA RASULULLAH !!!

“Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu dibawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dengan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat(waktunya).”

(Al-Fath:18)

Ayat di atas merupakan ayat yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah selepas meredhai Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai oleh muslimin ketika itu supaya mereka akan bersama-sama Rasulullah dalam mencapai kemenangan Islam selepas Saidina Umar Al-Affan ditahan oleh kaum Quraisy.

Dengan harapan supaya Allah memberi balasan setimpal terhadap ahli Parlimen Belanda,Geert Wilders , penulis ingin mengajak semua pembaca supaya sama-sama Rasulullah dalam menangani fitnah dunia terhadap Islam sekarang, FITNA. Fitna merupakan antara filem yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w. Filem pendek ini turut dimuatnaik di laman web video antaranya Youtube.com. Tindakan ini bukanlah cubaan pertama pihak musuh Islam dalam menfitnah Islam, lebih-lebih lagi fitnah itu ditujukan terus kepada nabi terbilang & teragung umat Islam, Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ini pun, kita dikhabarkan bahawa isu penghinaan terhadap Rasulullah telah dimainkan di negara-negara lain termasuklah Denmark dan Perancis. Itu belum diambil kira dari penghinaan dibuat ketika musuh Islam ketika menjajah bumi Islam termasuklah di Palestin, Iraq, Afghanistan & Ambon. Disamping mereka memijak-mijak maruah Islam di Negara Islam, meraka mengambil kesempatan dengan menghina Islam termasuklah melukis gambar-gambar Rasulullah sebagai ’kaki betina’ & ‘babi memakai serban’ di masjid-masjid. Hey sahabat!!!! Mana kelantangan suara hati kamu semua!!! Ketika diri kamu dihina, kamulah singa… ketika keluarga kamu dihina, kamulah pejuangnya… ketika kekasih kamu dihina, kamulah heronya… ketika kawan rapatmu dihina, kamulah paling brutal… ketika parti kamu dikutuk, kamulah Undertakernya… ketika bangsa Melayu dihina, kamulah Hang Tuahnya… ketika negara kamu dihina, kamulah Hitlernya, tetapi apabila Rasulullah & Islam dihina, mana suara garau dan lembut mempertahankan Islam??? Ingat sahabatku.. Allah takkan pandang pejuang lain lebih dari pejuang agama kerana Allah telah berjanji pejuang agama akan diberi pengiktirafan paling tertinggi ketika di syurga Allah.

Mana hilangnya kesetiaan umat Islam terhadap agama?? Apa yang tak cukup lagi?? Wafatnya Rasulullah dengan penuh kasih terhadap ummatnya dengan menyebut “ummati… ummati”. Tak cukup?? Nikmat Allah bagi dari bernafas lagi. Tak cukup?? Takkan kamu nak jadi seperti Fira’un, nyawa nak tinggalkan badan baru mahu bersyukur & beriman kepada Allah??? Alangkah sedihnya, ummat akhir zaman lebih sanggup buang airmata untuk AF dari menangis kerana Rasulullah, Islam & Allah dan lebih sanggup kelurkan duit untuk mengundi artis kesayangan dari derma kepada Negara Islam yang tertindas….

Dalam artikel bulan ni, penulis ingin merayu kepada semua ummat Islam supaya bangkit dari ‘tidur’. Musuh Islam memijak kepala kita kerana kita tidur terlalu nyenyak. Kiamat semakin dekat!! Mulakan tindakan kita sebagai bakal-bakal penghuni syurga, buat apa yang disarankan Islam & sunnah. Mulakan langkah dengan serangan psikologi iaitu mengutamakan membeli produk dari ummat Islam supaya Islam kuat dari segi ekonominya. Musuh Islam sekarang kuat kerana ekonomi, jadi lumpuhkan sistem ekonomi mereka…

Salam perjuangan!! Allahuakbar!!!

PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

No comments:

Post a Comment