Sunday, April 06, 2008

BANGGANYA AKU!!!

“Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yng diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling dengannya dan melupakan apa yang dibuat oleh tangannya? Sesungguhnya telah Kami tutup atas hati-hati mereka, sehingga mereka tidak memahaminya, dan di telinganya mereka ada tutup. Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, maka tidaklah mereka mendapat petunjuk selama-lamanya.”

(Al-Kahfi : 57)

Firman diatas merupakan janji Allah SWT terhadap manusia yang keras hatinya sehinggakan Allah menutup hati-hati mereka , memekakkan telinga mereka dari mendengar nasihat lalu mereka takkan mendapat petunjuk selama-lamanya disebabkan kedegilan mereka.

Ternyata golongan manusia seperti ini ramai terdapat di kalangan ummat akhir zaman. Mana tidaknya, banyak bukti yang kita dapat tengok terutama apabila fatwa dibuat antaranya pengharaman rokok. Berapa ramai perokok berhenti menghisap daun kering tu kerana fatwa? Antara lain kita juga dapat ‘tonton’ kedegilan pihak penganjur konsert yang membuat konsert yang terang-terangan menyalahi syariat Islam dan juga bertentangan fatwa-fatwa ulama tentang pengharaman konsert. Yang paling menyedihkan pihak penganjur, jawatankuasa program & artisnya adalah datang dari ummat Islam sendiri. Pekakkkah mereka??

“Bangganya aku!!!”, itulah mungkin ucapan hati kecil ummat akhir zaman sekarang apabila ‘berjaya’ dalam hidupnya. Apa kejayaannya tu??

Ø “I am Dr. Love”

Dapat takle sebanyak mungkin perempuan/lelaki kemudian tak bertahan lama dan ‘menceraikan’ tanpa rasa bersalah. Sebelum ‘bercerainya’ bukan main lagi, si lelaki dipanggil hubby, si perempuan dipanggil honey. Tiap-tiap malam ‘caling-mengcalling’. Takke membazir tu?? Dan apabila berlaku ‘penceraian’ ni, maka ramailah sahabat-sahabatnya mengucapkan takziah. Tulah lumrah sekarang, Romeo & Juliet diagung-agungkan. Inikah budaya Islam??

Ø “I am billionair”

Mempunyai sebanyak mungkin duit & orang yang kaya merupakan orang paling berjaya? Itulah ‘setmind’ yang telah direka khas memerangkap muslim sekarang. Kalau kaya & derma untuk Islam ada bagusnya seperti Siti Khadijah, isteri Rasulullah yang digelar jutawan dermawan. Tapi anehnya ada yang sanggup bekerja sampai tak tidur malam untuk kaya dan berapa kerat sanggup bekerja sampai malam untuk berdakwah? Inikah budaya Islam??

“Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia, dan (amal-amal) yang kekal lagi baik, lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu, dan lebih baik menjadi harapan.”

(Al-Kahfi : 46)

Ø “I am genius”

Mendapat PNGK yg terhebat merupakan tanda pelajar cemerlang? Betul ke? Tidak dinafikan kejayaan dalam bidang akademik amat diperlukan oleh Islam tapi berbaloikah kita menjadi seorang ‘mat study’ yang hanya kenal meja, kerusi, buku, kalkulator dan pen?? Bila sahabat ajak pergi program agama, dia jawab,”aku nak study la”, bila ajak berbicara tentang Islam, dia jawab “tak ada masa la nak bincang pasal tu, baik aku study”, bila ada pihak hina Islam, dia jawab “ala.. ni masa belajar la.. grad nanti aku kita lawan la mereka tu.. lagipun Islam tak terjejas la..”. Adakah dah jadi ‘trademark’ pelajar sekarang untuk berdiam diri bila melibatkan perkara yang tidak melibatkan kursus mereka? Inikah budaya Islam??

Ø “I am strong”

Ketahanan hisap rokok sebagai seorang manusia yang kuat fizikalnya? Kuat ke? Sampai ada yang mengatakan “aku hisap rokok sekotak sehari, tak penah sakit pun... sihat lagi”. Dan ada yang sanggup berhutang kerana rokok.. tak ke hina menjadi hamba rokok? Ini kah budaya Islam??

Ø “I am socialist”

Pendapat mengatakan orang selalu yang berbual dengan perempuan dianggap org yang pandai bersosial dan seorang yang berpada-pada bercakap dengan bukan muhrim sebagai PEMALU. Yeke?? Hakikatnya orang yang tak menjaga adab Islam itu merupakan orang yang paling tak pandai ‘bersosial’ dengan Allah. Mana tidaknya,bergurau mesra, bertepuk tampar, cubit-mencubit antara lelaki & perempuan.takke haram namanya tu? Inikah budaya Islam??

Penulis teringat slot program motivasi bersama ustaz kesayangan, Ust Al-Kautsar baru-baru ini bilamana berbicara tentang rogol, ustaz ada menunjukkan statistik dari PDRM berkenaan kes-kes rogol. Statistik menunjukkan banyak kes rogol melibatkan kawan. Kawan rogol kawan 35% dari keseluruhan kes. Jadi, jagalah adab berkawan. Ikutlah Islam.

Ø “I am sexy”

Fesyen terkini dan ‘up to date’ jadi ikutan dan kebanggaan. Islam tak melarang ummatnya dari berfesyen tapi bersyarat. Apa syaratnya? Menutup aurat, tidak nipis, dan tidak ketat. Ini tidak, yang dilarang tu la jadi ikutan... tak menutup aurat, nipis dan ketat. Tak hairanlah maksiat semakin berleluasa. Inikah budaya Islam??

Satu persoalan lagi.... perlukah industri perfileman kita mengeluarkan filem-filem yang kontroversi seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat? Untuk apa?? Adakah untuk menunjukkan pada dunia bahawa filem kita setanding filem maksiat barat yang lain? Atau untuk menunjukkan pemikiran Malaysia masih terjajah dengan idealis barat? Atau memang untuk menunjukkan itulah budaya & tatasusila Melayu Islam di Malaysia??

Semua filem-filem itu cuba mewujudkan suasana ketidakseimbangan akhlak Islamiyyahnya. Kalaulah orang-orang bukan Islam tengok & hayati filem-filem seperti itu, saya yakin mereka akan mentafsir Islam secara salah. Tak ada ke pengarah filem di Malaysia ni yang ingin menyambut seruan ulama-ulama supaya buatkan filem yang berkisarkan kehidupan muslim yang sebenar, yakni mengikut Al-Quran & Sunnah untuk membalas penghinaan filem pendek ‘Fitna’.Bagitau pada dunia bahawa Islam bukan seperti digambarkan oleh Geert Wilders, tapi Islam tu bersifat aman, sejahtera dan boleh diterima oleh pelbagai bangsa & agama.

Macamana syariat nak dijalankan jika masih ada dikalangan ummat Islam jika kebanggaannya adalah seperti diatas. Hapuskan ‘setmind’ seperti itu. Kembali pada Al-Quran & Sunnah.Kita sepatutnya BANGGA KERANA KITA ADALAH MUSLIM.

Di ruangan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari pepatah ini.

“Berusahalah untuk berjaya kerana Allah tidak menilai kejayaan seseorang tanpa usaha”

PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

No comments:

Post a Comment