Tuesday, April 01, 2008

Palestin smakin kecil

BERITA TERBARU KONFLIK PALESTIN

Alhamdulillah, akhirnya kemelut politik di Malaysia boleh dikatakan agak stabil selepas perlantikan kontrolversi menteri besar negeri ’beriman’ iaitu negeri Terengganu Darul Iman yang ku cintai. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya. Tapi sedarkah kita walaupun masih ada diantara kita yang tidak berpuas hati terhadap senario politik di Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kerana bumi Malaysia masih tidak dirampas dan dijajah oleh bangsa lain walaupun kebanyakan rakyat Malaysia masih terjajah fikirannya.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Hamas & pejuang Islam supaya Zionist Israel tidak memberi tekanan kepada Palestin, pihak Zionist masih tidak akur. Hari demi hari serangan menggila dilancarkan oleh Zionist & sekutunya semata-mata untuk menghalau & menghalang rakyat Palestin dari hidup aman di negara sendiri. Jom kiter ambik tahu sikit, apa yang terjadi sekarang??

Ø Rabu, 19/03/08 -B'Tselem, pusat maklumat hak asasi manusia Israel di tanah-tanah Palestin yang dirampas menyatakan bahawa rejim Zionis telah memusnahkan 667 buah rumah Palestin secara besar-besaran sejak Oktober 2001 sehingga akhir Januari 2005 di Tebing Barat menyebabkan lebih daripada 4,200 rakyat Palestin tiada tempat tinggal.B'Tselem menyatakan separuh daripada rumah-rumah yang dirobohkan itu adalah yang hampir dengan rumah orang-orang yang disyaki atau dikehendaki oleh Israel.Satu jawatankuasa sementara yang ditubuhkan oleh Moshe Ya'alon telah mencadangkan pemusnahan rumah-rumah suspek yang melaksanakan operasi menentang Israel perlu dihentikan kerananya bukanlah satu cara pencegahan yang berkesan.

Ø Rabu, 19/03/08 - Menurrut Persatuan perundangan Nafha, pihak Rejim Zionis telah melanjutkan tempoh penahanan tanpa bicara keatas Ahli Parlimen, Dr. Mariam Saleh untuk beberapa bulan lagi setelah gagal mengemukakan sebarang pertuduhan keatas beliau.Ia melambangkan satu keputusan yang “tidak logic dan kejam”, dan menyifatkannya sebagai “satu kezaliman keatas hak rakyat Palestin untuk memilih wakil mereka”.

Ø Rabu, 19/03/08 - Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin, termasuk tiga anggota Jihad Islam tercedera malam Selasa lalu selepas satu pesawat peninjauan Israel mensasarkan kenderaan mereka di bandar Beit Lahai, utara Semenanjung Gaza, sumber keselamatan dan perubatan Palestin mengesahkannya untuk wartawan PIC.Menurut sumber itu, pesawat Israel itu telah melepaskan peluru berpandu udara ke darat mengenai sebuah kereta di mana tiga anggota pejuang Jihad Islam sedang dalam perjalanan yang mencederakan mereka serta dua orang yang sedang melalui jalan itu.Sumber itu menyatakan sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin yang cedera dalam keadaan "amat serius". Bagaimanapun, saksi-saksi di kawasan tersebut berpendapat peluru itu telah dilepaskan oleh sebuah kereta kebal Israel yang berpangkalan di sempadan Semenanjung Gaza dan bukannya daripada pesawat terbabit.

PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

No comments:

Post a Comment