Tuesday, April 01, 2008

Masjid cordoba

APRIL FOOL... KESIANNYA...

KESIAN…….itulah ungkapan yang paling sesuai untuk ummat Islam yang masih merayakan hari April Fool yang diadakan 1 April setiap tahun. Mana tak kasihannya, mereka bukan setakat ‘dikencing’, malah dimandikan najis oleh orang kafir tanpa mereka sedari. Malah golongan ini yang dikatakan taksub terhadap budaya barat sanggup memalukan sahabat mereka semata-mata mahukan suasana April fool wujud. Sebelum penulis mengulas panjang tentang tarikh tragedi April ni, kita ikuti cerita disebalik kertas ni….

Perayaan April Fool's Day ini mula dirayakan pada 1 April 1487 sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya berpusat di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam yang sebelum ni kebal akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu dibawah kekuasaan Islam seperti di Bandar-Bandar besar seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisabon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berhasil dikuasai tentara Salib.

Dikisahkan penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing dan ada ke hutan berhampiran untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati terhadap tindakan tersebut dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Kemudiannya, penduduk-penduduk muslim diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang disediakan di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Pada masa inilah, ketika semua muslim keluar ke pelabuhan, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim, membakar kapal-kapal dan membunuh kesemuanya lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil di kawasan pelabuhan sehinggakan air laut menjadi merah kerana darah muslim. Ada diantara umat Islam dijadikan tahanan dan ditempatkan di Masjid Cordoba, mereka dipenjara, diseksa & dirogol di masjid itu dan ada pendapat mengatakan mereka menyeksa tahanan di Istana Alhambra, pusat pemimpin Islam sebelumnya. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Mereka puas hati kerana berjaya menipu umat Islam Sepanyol.

Nah!! Inilah reality sebenarnya yang berlaku... Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan hari April Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan & penyeksaan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Cuba anda bayangkan, ketika anda bergelak ketawa kerana berjaya memalukan saudara sesaman Islam dihadapan orang lain, pihak musuh Islam bergelak ketawa kerana kejayaan mereka menumpaskan kerajaan Islam di Sepanyol dulu berjaya ’dijiwai’ oleh segenap lapisan masyarakat, kaum, bangsa, dan negara.

Apa yang perlu kita buat?? Gelak kuat-kuat?? Atau menangis semahu-mahunya?? Ini bukan masanya kita buat kedua-duanya kerana usaha terbaik sekarang adalah menilai diri samaada sedia atau belum untuk kita menghadapi musuh Islam supaya satu hari nanti kita dapat menangis kerana gembira kerana

berjaya menewaskan musuh Islam dan menyertai rombongan Rasulullah ke syurga… fikir-fikirkanlah..

PenaMuslim

Email: penamuslim@gmail.com

Blog: http://imammaliki.blogspot.com/

Friendster: http://profiles.friendster.com/penamuslim

YM: king_duck86@yahoo.com

No comments:

Post a Comment