Wednesday, April 08, 2009

Aku bukan orang politik!

TAIPING - Pas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang selepas calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berjaya menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti undi 2,789 pada pilihan raya kecil itu semalam.

Mohammad Nizar, 52, bekas Menteri Besar Perak yang memperoleh 21,860 undi menumbangkan calon BN, Ismail Saffian, 48, yang hanya mendapat 19,071 undi.

Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris pula hilang wang deposit selepas sekadar meraih 62 undi manakala undi rosak ialah 465.

Peratusan keluar mengundi pula meningkat kepada 75 peratus berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 lalu.

Selepas undi dikira di 32 pusat pengundian, peti undi dari 111 saluran berkenaan dibawa ke Dewan Perbandaran Taiping di sini seawal 7 malam bagi penjumlahan undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi kira-kira pukul 9.40 malam.

Komen PenaMuslim: Tahniah Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.. Semoga Dato' Seri menjalankan amanah seperti yang diperintahkan oleh Allah..... ana agak kagum dengan Dato' Seri sebab:

  • pastinya kerana specialization dia lbh kurang course ana iaitu kejuruteraan( dapat Ir lagi..)
  • berjiwa rakyat yang memahami kehidupan rakyat bawahan
  • memberi hak milik rakyat kepada orang yang berhak tanpa mengira kaum.
  • merapatkan jurang rakyat dan pemimpin
  • boleh pelbagai bahasa Melayu, English, Arab, Cina, & Tamil
  • boleh mengetuai masyarakat dalam aktiviti keagamaan
  • wajahnya sentiasa tenang
  • yang penting memartabatkan Islam sebagai Agama untuk Semua

'Cuba jadi terbaik dari kalangan yang terbaik'
PenaMuslim

No comments:

Post a Comment