Wednesday, April 08, 2009

Kisah sebuah kehilangan

Arwah ceria bersama anak-anaknya

Pada hari 26/9/05 tu aku meneruskan hari-hariku di UiTM Shah Alam seperti biasa. Pada pukul 4 petang hari itu, sambil-sambil berjalan pulang ke kolej Perindu bersama-sama kawan sekelas, aku dikejutkan dengan hon kereta abangku yang menetap di Banting tiba-tiba datang dari arah bertentanganku. Di dalam kereta Proton Wiranya, selain darinya aku ternampak kelibat isterinya, dan abang aku yang lain yang masa itu sedang menuntut di UiTM juga. Airmuka kesemua orang dalam kereta agak lesu, dalam keadaan terkejut aku terus melabuhkan punggungku dalam kereta abangku.

Sesampai je di foyer kolej Perindu, dalam nada yang sebak, abang ku bersuara, “Lek, tolong gi kemas baju. Kita ada emergency call.” Dalam keadaan kelam kabut mendapat berita tu, aku bertanya kapada abangku,”Kenapa ni?”. Abangku menjawab,”tolong tengok telefon, aku dah call, sms tapi tak dapat, tolong tengok handphone tu”. Baru aku teringat, aku terpaksa offkan handphone ku kerana tadi aku menghadiri kelas yang lecturernya agak strict. Sambil berlari-lari anak, aku menghidupkan phoneku dan terdapat hampir 20 miscall dan 2 sms, kesemuanya dari abangku. Aku cepat-cepat membuka mesej yang baru kuterima. Mesej itu tertera, “Lik, tolong reply call ni.. Emergency call. Kak Ma sudah meninggal dunia”. Dunia yang cerah tiba-tiba rasa gelap. Sampai sahaja dibilik, tanganku mengambil apa saja baju yang tersentuh di tangan. Fikiranku melayang jauh di kampung.

Dengan tergesa-gesa, aku menaiki kereta abangku untuk bergegas pulang ke kampung halamanku, Kg. Saujana, Setiu. Suara kami berempat dalam kereta seakan-akan tidak mahu keluar, membisu kelu di dalam perjalanan sehinggalah abangku bersuara,”Kak Ma sudah meninggal dunia.... dia sudah tak ada..”, lalu dia menceritakan kronologi kematian arwah dari A sampai Z. Aku dalam diam tak terkata masih tak percaya cerita abangku tadi, tapi hatiku terdetik,”takkan abangku bohong, perkara macam ni tak boleh main-main”.

Pada jam 12.20 pagi 27/9/2005, kami berempat sampai di rumah di Kg Saujana. Dari jauh aku nampak suasana agak cerah pada waktu tengah malam macam tu. Igauan aku sepanjang perjalanan balik menjadi realiti. Aku ternampak sekujur tubuh berbalut kain putih di bilik yang selama ini kebiasaannya didiami kakakku yang kupanggil Kak Ma. Hati kecilku berkata,” ah! Tidak! Kak Ma memang tak ada.....”. aku terus ke depan jenazah, membuka kain penutup muka. “ya, memang Kak Ma sudah meninggal”, getus hatiku. Dalam keadaan kaget, aku mencium dahi jenazah kakakku, terasa sejuk. Sambil ku menghadiahkan hadiah Al-Fatihah pertamaku pada arwah, aku berjalan keluar lalu diterpa anak-anak arwah sambil mereka merenggek,”Cik Lek, ummi dah mati...”. tak terkataku melihat anak saudaraku yang selalu bermanja denganku, ku perhatikan satu persatu wajah-wajah anak kehilangan ibunya, Kak Long menangis, Kak Ngah pun menangis, Kak Chik masih kebingungan tapi matanya berair. Perasaan tersangat sebak tiba-tiba menerjah ke dalam diriku. Cepat-cepatku merangkul tubuh Kak Chik sambil mencium pipinya. Sejuk terasa pipi seorang anak kecil kehilangan ibunya. Tiba-tiba ada panggilan namaku dari belakang. Aku berpaling, tak asing lagi suara tu.. makku masih lagi lemah badannya dek kerana berita kematian anak perempuannya memelukku. Tak dapatku gambarkan betapa perit perasaan ibu yang kehilangan anaknya. Sambil menenangkan ibuku, aku bersalam mencium tangan ayahku, kelihatan matanya merah menahan airmata. Kupeluk erat kedua ibubapaku, mulut ku terkunci tak bersuara, kelu. Kuteruskan pelukanku pada abang dan adikku. Perasaan kasih sayang antara adik-beradik kini semakin menebal. Kehilangan kakakku, menambahkan lagi perasaan sayang pada abang, kakak dan adik.

Kuterus capai al-Quran dan mengaji disisi arwah setakat mampu. Sampailah pukul 4 pagi, ayahku mula bersuara kepadaku,”Sudah la tu lek... gi tidur, esok kena bangun awal pagi. Ku keluar dan mencapai bantal dan terus merebahkan badan di ruang tamu. Sambil memaksa mata supaya tidur, mata dan telingaku seakan mengulang kembali kenangan bersama arwah terutama ketika aku menemanI arwah di rumahnya ketika suaminya menemani mak mertuanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Selama sebulan ku tinggal bersamanya, kenangan memasak bersama, kenangan menjaga anak-anak kecilnya menerjah fikiranku. Satu lagi peristiwa yang tak boleh dilupakan adalah sebulan sebelum kematiannya, aku meminta tolong darinya supaya membeli tiket dari Jerteh ke Shah Alam. Dimana sebelum tu, aku pulang ke kampung untuk cuti midterm break,disaat aku nak keluar rumah untuk ke stesen bas, aku ingin membayar kembali duit tiketnya, tapi arwah berkata,”tak payah la Lek, Kak Ma ikhlas beli tiket ni untuk Lek gi belajar. Belajar baik-baik, jaga diri baik-baik”. Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah di telingaku. Semakin ku ingat pada arwah semakin rindu arwah.

Seawal pukul 7 pagi, rumahku dipenuhi orang kampung, kawan-kawan, dan jiran arwah. Tak terlayanku melayan kesemua bukan disebabkan ramai tapi aku sengaja mengambil peluang ini untuk berada di bilik jenazah ditempatkan untuk menatap wajah kakakku walaupun dari jauh. Aku agak terkejut dengan bilangan orang yang datang ziarah termasuk pelajarnya, dan guru-guru sekolah. Keadaan dalam rumahku semakin sesak tapi meriah dengan bacaan Yasin & al-Quran. Rahmatnya menjadi seorang pendidik, bayangkan betapa ramainya pelajar-pelajar dan guru mendoakan untuk kesejahteraan arwah.

Tepat jam 9.30 pagi, aku menyiapkan barang-barang untuk memandikan jenazah. Alhamdulillah, aku bersyukur menjadi salah seorang yang menyelesaikan urusan pengebumian arwah dari awal sehingga akhir. Dari proses mandi sehingga selesai proses pengebumian jenazah yang selesai jam 12.30 tghari. Walaupun telah selesai, fikiran ku masih berkecamuk memikirkan kehilangan seorang kakak yang tercinta.. Semoga Allah menempatkan arwah dalam golongan orang-orang yang solleh. Amin...

Kisah Benar.

2 comments:

  1. tanpa nama11:43 pm

    sedih lak baca... T___T
    semoga arwah dtempatkn bsama org2 yg beriman...aminnn

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:22 pm

    al fatihah bt arwah...

    ReplyDelete