Wednesday, April 08, 2009

KONVENSYEN AL-QURAN PERINGKAT IPT

Aku bukan orang politik!

TAIPING - Pas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang selepas calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berjaya menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti undi 2,789 pada pilihan raya kecil itu semalam.

Mohammad Nizar, 52, bekas Menteri Besar Perak yang memperoleh 21,860 undi menumbangkan calon BN, Ismail Saffian, 48, yang hanya mendapat 19,071 undi.

Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris pula hilang wang deposit selepas sekadar meraih 62 undi manakala undi rosak ialah 465.

Peratusan keluar mengundi pula meningkat kepada 75 peratus berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 lalu.

Selepas undi dikira di 32 pusat pengundian, peti undi dari 111 saluran berkenaan dibawa ke Dewan Perbandaran Taiping di sini seawal 7 malam bagi penjumlahan undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi kira-kira pukul 9.40 malam.

Komen PenaMuslim: Tahniah Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.. Semoga Dato' Seri menjalankan amanah seperti yang diperintahkan oleh Allah..... ana agak kagum dengan Dato' Seri sebab:

  • pastinya kerana specialization dia lbh kurang course ana iaitu kejuruteraan( dapat Ir lagi..)
  • berjiwa rakyat yang memahami kehidupan rakyat bawahan
  • memberi hak milik rakyat kepada orang yang berhak tanpa mengira kaum.
  • merapatkan jurang rakyat dan pemimpin
  • boleh pelbagai bahasa Melayu, English, Arab, Cina, & Tamil
  • boleh mengetuai masyarakat dalam aktiviti keagamaan
  • wajahnya sentiasa tenang
  • yang penting memartabatkan Islam sebagai Agama untuk Semua

'Cuba jadi terbaik dari kalangan yang terbaik'
PenaMuslim

Kisah sebuah kehilangan

Arwah ceria bersama anak-anaknya

Pada hari 26/9/05 tu aku meneruskan hari-hariku di UiTM Shah Alam seperti biasa. Pada pukul 4 petang hari itu, sambil-sambil berjalan pulang ke kolej Perindu bersama-sama kawan sekelas, aku dikejutkan dengan hon kereta abangku yang menetap di Banting tiba-tiba datang dari arah bertentanganku. Di dalam kereta Proton Wiranya, selain darinya aku ternampak kelibat isterinya, dan abang aku yang lain yang masa itu sedang menuntut di UiTM juga. Airmuka kesemua orang dalam kereta agak lesu, dalam keadaan terkejut aku terus melabuhkan punggungku dalam kereta abangku.

Sesampai je di foyer kolej Perindu, dalam nada yang sebak, abang ku bersuara, “Lek, tolong gi kemas baju. Kita ada emergency call.” Dalam keadaan kelam kabut mendapat berita tu, aku bertanya kapada abangku,”Kenapa ni?”. Abangku menjawab,”tolong tengok telefon, aku dah call, sms tapi tak dapat, tolong tengok handphone tu”. Baru aku teringat, aku terpaksa offkan handphone ku kerana tadi aku menghadiri kelas yang lecturernya agak strict. Sambil berlari-lari anak, aku menghidupkan phoneku dan terdapat hampir 20 miscall dan 2 sms, kesemuanya dari abangku. Aku cepat-cepat membuka mesej yang baru kuterima. Mesej itu tertera, “Lik, tolong reply call ni.. Emergency call. Kak Ma sudah meninggal dunia”. Dunia yang cerah tiba-tiba rasa gelap. Sampai sahaja dibilik, tanganku mengambil apa saja baju yang tersentuh di tangan. Fikiranku melayang jauh di kampung.

Dengan tergesa-gesa, aku menaiki kereta abangku untuk bergegas pulang ke kampung halamanku, Kg. Saujana, Setiu. Suara kami berempat dalam kereta seakan-akan tidak mahu keluar, membisu kelu di dalam perjalanan sehinggalah abangku bersuara,”Kak Ma sudah meninggal dunia.... dia sudah tak ada..”, lalu dia menceritakan kronologi kematian arwah dari A sampai Z. Aku dalam diam tak terkata masih tak percaya cerita abangku tadi, tapi hatiku terdetik,”takkan abangku bohong, perkara macam ni tak boleh main-main”.

Pada jam 12.20 pagi 27/9/2005, kami berempat sampai di rumah di Kg Saujana. Dari jauh aku nampak suasana agak cerah pada waktu tengah malam macam tu. Igauan aku sepanjang perjalanan balik menjadi realiti. Aku ternampak sekujur tubuh berbalut kain putih di bilik yang selama ini kebiasaannya didiami kakakku yang kupanggil Kak Ma. Hati kecilku berkata,” ah! Tidak! Kak Ma memang tak ada.....”. aku terus ke depan jenazah, membuka kain penutup muka. “ya, memang Kak Ma sudah meninggal”, getus hatiku. Dalam keadaan kaget, aku mencium dahi jenazah kakakku, terasa sejuk. Sambil ku menghadiahkan hadiah Al-Fatihah pertamaku pada arwah, aku berjalan keluar lalu diterpa anak-anak arwah sambil mereka merenggek,”Cik Lek, ummi dah mati...”. tak terkataku melihat anak saudaraku yang selalu bermanja denganku, ku perhatikan satu persatu wajah-wajah anak kehilangan ibunya, Kak Long menangis, Kak Ngah pun menangis, Kak Chik masih kebingungan tapi matanya berair. Perasaan tersangat sebak tiba-tiba menerjah ke dalam diriku. Cepat-cepatku merangkul tubuh Kak Chik sambil mencium pipinya. Sejuk terasa pipi seorang anak kecil kehilangan ibunya. Tiba-tiba ada panggilan namaku dari belakang. Aku berpaling, tak asing lagi suara tu.. makku masih lagi lemah badannya dek kerana berita kematian anak perempuannya memelukku. Tak dapatku gambarkan betapa perit perasaan ibu yang kehilangan anaknya. Sambil menenangkan ibuku, aku bersalam mencium tangan ayahku, kelihatan matanya merah menahan airmata. Kupeluk erat kedua ibubapaku, mulut ku terkunci tak bersuara, kelu. Kuteruskan pelukanku pada abang dan adikku. Perasaan kasih sayang antara adik-beradik kini semakin menebal. Kehilangan kakakku, menambahkan lagi perasaan sayang pada abang, kakak dan adik.

Kuterus capai al-Quran dan mengaji disisi arwah setakat mampu. Sampailah pukul 4 pagi, ayahku mula bersuara kepadaku,”Sudah la tu lek... gi tidur, esok kena bangun awal pagi. Ku keluar dan mencapai bantal dan terus merebahkan badan di ruang tamu. Sambil memaksa mata supaya tidur, mata dan telingaku seakan mengulang kembali kenangan bersama arwah terutama ketika aku menemanI arwah di rumahnya ketika suaminya menemani mak mertuanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Selama sebulan ku tinggal bersamanya, kenangan memasak bersama, kenangan menjaga anak-anak kecilnya menerjah fikiranku. Satu lagi peristiwa yang tak boleh dilupakan adalah sebulan sebelum kematiannya, aku meminta tolong darinya supaya membeli tiket dari Jerteh ke Shah Alam. Dimana sebelum tu, aku pulang ke kampung untuk cuti midterm break,disaat aku nak keluar rumah untuk ke stesen bas, aku ingin membayar kembali duit tiketnya, tapi arwah berkata,”tak payah la Lek, Kak Ma ikhlas beli tiket ni untuk Lek gi belajar. Belajar baik-baik, jaga diri baik-baik”. Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah di telingaku. Semakin ku ingat pada arwah semakin rindu arwah.

Seawal pukul 7 pagi, rumahku dipenuhi orang kampung, kawan-kawan, dan jiran arwah. Tak terlayanku melayan kesemua bukan disebabkan ramai tapi aku sengaja mengambil peluang ini untuk berada di bilik jenazah ditempatkan untuk menatap wajah kakakku walaupun dari jauh. Aku agak terkejut dengan bilangan orang yang datang ziarah termasuk pelajarnya, dan guru-guru sekolah. Keadaan dalam rumahku semakin sesak tapi meriah dengan bacaan Yasin & al-Quran. Rahmatnya menjadi seorang pendidik, bayangkan betapa ramainya pelajar-pelajar dan guru mendoakan untuk kesejahteraan arwah.

Tepat jam 9.30 pagi, aku menyiapkan barang-barang untuk memandikan jenazah. Alhamdulillah, aku bersyukur menjadi salah seorang yang menyelesaikan urusan pengebumian arwah dari awal sehingga akhir. Dari proses mandi sehingga selesai proses pengebumian jenazah yang selesai jam 12.30 tghari. Walaupun telah selesai, fikiran ku masih berkecamuk memikirkan kehilangan seorang kakak yang tercinta.. Semoga Allah menempatkan arwah dalam golongan orang-orang yang solleh. Amin...

Kisah Benar.

'Ayah' yang komited!

Kenangan bersama Allahyarham(tengah)

Pada 29 Mac 2009, dua minggu lepas dunia islam kehilangan seorang pejuangnya, UiTM kehilangan seorang staff yang amat berpengalaman, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam(CITU) kehilangan seorang tenaga kerja yang gigih, Persatuan Mahasiswa Hadhari(PMH) kehilangan seorang penasihat yang terbaik dan aku kehilangan seorang 'ayah' yang komited terhadap tanggungjawabnya...

Allahyarham PM Ghazali Sulaiman, nama yang kukagumi...
Ku mula kenali allahyarham sekitar akhir tahun 2005, beberapa bulan selepas aku menjejakkan kaki di UiTM Shah Alam semasa program kerohanian anjuran PMH dengan kerjasama CITU.... Kata-kata semangat allahyarham dari dulu sehingga hembusan terakhir masih sama iaitu prinsip MEMARTABATKAN ISLAM. Allahyarham pernah berkata kepada aku yang dia menyokong & membantu apa-apa shj aktiviti yang boleh memartabatkan Islam tanpa mengira fahaman ideologi , atau sempadan lain...

Ayah Li merupakan nama sebutan allahyarham di CITU. Selepas shj mendapat khabar yang allahyarham meninggal dunia, aku terkedu seketika... terkenang kembali wajah lesu allahyarham di wad hospital.... walaupun hatiku ketika itu, mengatakan yang allahyarham akan sihat sperti sediakala... tapi apakah daya, Allah SWT lebih menyayanginya...

Ketika diminit-minit akhir Konvensyen Al-Quran akan diadakan, aku terkenangkan semangat darinya ketika diawal tercetusnya idea Konvensyen Al-Quran. Bagi aku allahyarham cukup significant dalam Konvensyen sejak mana allahyarham sanggup menjadi Penasihat Program. Semangat allahyarham berkobar-kobar sehinggakan terus berhadapan PM Dr Rahimi Osman, Pengarah CITU untuk menyampaikan idea ini yang disifatkan oleh allahyarham sebagai program terbaik... InsyaAllah...

Dikala allahyarham tiada ini, aku terasa kehilangan 'ayah'... 'Ayah' kepada aku dan jugak Konvensyen Al-Quran. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarham. Al-Fatihah......