Sunday, September 16, 2007

Photobucket

AMALAN PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.

2. Sentiasa membaca Al-quran dalam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).

3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).

4. Membaca Al-Ma'thurat, wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.

5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.

6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.

7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.

8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat. Kurangkan makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).

9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.

10.Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.

11.Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

12.Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.

13.Belajar selepas Isyak.

14.Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.

Tuesday, February 20, 2007

VALENTINE DAY

Assalamua’laikum wbt…

14 Febuari 2006( Kisah Benar)

Atas kesedaran untuk berdakwah kpd student UiTM dan masyarakat sekeliling, lima sahabat berkumpul & berbincang untuk menyedarkan ‘couple-couple’ yang berada dikhayalan fantasi pada mlm Valentine day. Seorang buat risalah, sorang fotostat dan bersama-sama mnyebarkan pada mlm tersebut. Kumpulan ini berpecah kpd 2; satu ke Seksyen 2 dan satu ke Dataran Cendikia. Lebih kurang 8mlm, mereka bergerak ke destinasi masing2….

Seksyen 2

“Assalamualaikum kak”, tegur mereka sambil menghulurkan risalah berkenaan hukum Valentine day mengikut Islam kepada seorang perempuan yang sedang bergurau dengan teman mesranya. “Ape ni dik?, nak mintak derma ke?....... ooo, Valentine Day yea?? Terima kasih dik…”, sambil buat muka sepuluh sen. Sambil bergerak ke tempat lain, lima sahabat td melirik kearah pasangan td. “Boleh pulak diorang buat tak tau je… memang tak sedar diri!”, salah seorang sahabat td mengeluh.

Dataran Cendikia

Sambil tengok sepintas lalu terhadap risalah tersebut, seorang gentleman berkata,”terima kasih…”. Tak sampai seminit, gentleman tersebut menggulung risalah dan mengeletek ‘couple’nya dgn mencocok gulungan risalah tersebut ke perut ‘couple’nya.

Firman Allah SWT

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Thaha:124

Orang Melayu memang berbudi bahasa.Dari kecil lg,apabila menerima pemberian orang, kita diajar mengucap terima kasih. Tp sayang orang2 di atas hanya tau berterima kasih kepda manusia shj, kasih Allah dilupakan. Mudahnya mereka mempermainkan Kalam-kalam Allah sebegitu rupa. Alangkah sedihnya masyarakat disekeliling kita, mereka sanggup menggadai maruahnya kerana sebuah cinta palsu. Knp ini terjadi? Silap nafsu atau syaitan? Ataupun inilah yang dipanggil MoU antara nafsu dan Syaitan? ingat sahabatku, Allah mengira semua perbuatan kita walaupun sebesar zarah.

Firman Allah SWT

“Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”Shaad:26

Tahun ini sekali lg kita akan menempuh tarikh keramat bg couple iaitu 14 Feb 2007. Adakah pelbagai peristiwa ngeri masih akan berlaku seperti tahun lepas kedengaran beberapa berita ttg kes rogol & bunuh. Masa2 seperti inilah ‘buaya-buaya’ sedia menerkam mangsanya. Tp ramai masih x sedar… alangkah ruginya mereka. “Boyfriend aku tu baik giler.. solat xpernah tingal”, ukap seorang pencinta. Kalo dah kasih, semua percaya… kena sekali menyesal seumur hidup.

Kt masih kebingunan punca utama berlaku seperti ini. Mungkin silap nafsu, syaitan, pihak perempuan, pihak lelaki? Penulis sendiripun rasakan kita tidak sepatutnya menuding jari hanya kepada satu pihak. Byk pihak yang terlibat & sepatutnya bertanggungjawab dalam hal2 seperti ini. Tp sekarang dunia sudah berubah, ada saja pihak yang menuding jari.

Mcmna perkara ini boleh kt ubah? Dalam keadaan remaja Islam yang terlalu taksub terhadap hiburan sebagai contohnya dalam program Malam Mencari Kekasih yang dianjurkan pada 9 Feb 2007(mlm) di Padang Kawad, penulis terkejut dengan fenomena nasyid moden ini yang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat di UiTM tetapi tidak nampak program itu merupakan program Islamik. Manakan tidak apabila masih ada couple berbual2 dalam keadaan gelap, masih ada yang berpegangan tangan dan masih ada berebut2 diantara lelaki & perempuan untuk mengambil gambar artis nasyid kesayangan mereka. Masa ambik autograph x yah cite pun xpe, lg teruk adalaa…

So, dimanakan kita nak letak tanggungjawab untuk sama2 menjaga kesyumulan Islam kita? Penulis disini bukanlah nak mengkritik suasana di UiTM, tetapi ingin menegur sikap kita terhadap keadilan dalm kehidupan Islam kita. Seperti mana perdebatan penulis dgn sahabatnya baru2 ini ttg kecenderungan melihat wanita seksi. Nak salah kan siapa? Salahkan pemakainya? Salahkan pereka pakaiannya? Ataupun nak salahkan siapa yang melihatnya? Sahabatku, tepuk jiwa tanya iman… kalaulah semua pihak mengambil inisiatif supaya jaga kesucian Islam, maka aman dunia.

Mungkin ada diantara kita tak berkesempatan untuk menjenguk kemeriahan Malam Mencari Kekasih baru2 ni.. mlm itu dimeriahkan oleh kump nasyid Nowseeheart & Saujana. Antara lagu yang diperdengarkan adalah damai, damai yang hilang, sekeping hati, keluarga bahagia & ada lg (penulis pun dah lupa). Disini penulis ingin mengajak shbat menghayati lirik nasyid damai yang hilang yang dipersembahkan oleh kump Nowseeheart

# DAMAI YANG HILANG

Tercalar Pelangi Dihiris Gerimis

Senja Pun Merangkak Menutup Mentari

Terbias Warnanya Ke Wajah

Lagu Kedamaian Tiada Kedengaran

Bumi Yang Merekah Disirami Darah

Kemelut Melanda Tiada Kesudahan

Kemusnahan Bermaharajalela

Yang Lemah Menjadi Mangsa

Anak-Anak Kecil Menggoncangkan Ibunya

Yang Lemah Longlai Tak Lagi Bernyawa

Jeritan Suara Batinnya

Tak Siapa Mendengarnya

Tergadaikah Maruah Oleh Janji-Janji

Terbayarkah Dengan Nyawa Dan Darah

Soalan Yang Tiada Jawapan

Kemanusiaan Telah Lama Hilang

Kini Yang Tinggal Hanya Ketakutan

Musnah Kasih Sayang Dan Persaudaraan

Tandus Akhlak Dan Keimanan

Menyemai Persengketaan

Berdasarkan pnerangan ttg lagu ni oleh Nowseeheart, mereka mengajukan mesej keamanan dimana lagu ini berdasarkan keadaan di Palestin. Tp konsep yang hendak dibawa tidak kesampaian berdasarkan pemerhatian penulis. Knp ini keadaan terjadi? Jika ada diantara kita sanggup menangis semata2 terharu krn pasangan cinta meluahkan cinta, knp kita tidak sanggup menangis apabila saudara seagama kita ditindas sesuka hati?

Sahabat sekalian, baik kita sama2 muhasabah diri masing tidak terkecuali penulis sendiri apakah kita akan terus berada dlm keadaan seperti ini??

Penulis merasakan sudah sampai masanya kita semua bangkit memperjuangkan Islam keseluruhannya dan jangan jdkan alasan diri kurang ilmu agama sebagai pembenteng kerja2 dakwah dan tarbiyyah kita. Kita sentiasa ada penunjuk jalan iaitu Al-Quran dan Sunnah. Gunakanlah sebaik2nya kerana itulah warisan turun temurun dari Rasulullah, Nabi akhir zaman.

Firman Allah SWT

“Dan apabila datang kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dari sisi Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka sedang mereka sebelum ini biasa memohon kedatangan Nabi untuk mendapatkan kemenangan ke atas orang-orang kafir, maka apabila datang kepada, mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka mengingkarinya. Maka laknat Allahlah ke atas orang yang ingkar itu." (Surah al-Baqarah, ayat 89)

Penulis tinggalkan byk persoalan dan dgn harapan ada kita sama2 berfikir & mengambil inisiatif supaya paling kurang keadaan dalaman UiTM khasnya lebih baik samaada dari segi akhlak mahasiswanya.

Harap2 penulisan diatas dapat menjadi idea/ pencetus dakwah kepada kita semua. InsyaAllah, kita sama2 mengimarahkan program Ceramah Balia & Seksualiti(13 Feb 2007-8.30mlm) dan Forum bersempena Valentine Day(14 Feb 2007-8.30 mlm) yang berlangsung di Dataran Cendikia.

Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya. Al-Mai’dah:48

Oleh:

SerbanPutih

*http://imammaliki.blogspot.com/

*http://www.friendster.com/serbanputih

Friday, January 05, 2007

Imam Hanafi sanggup mati pertahan ilmu

IMAM Hanafi adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenar beliau ialah Nu’man bin Tsabit. Beliau juga dikenali dengan panggilan Imam Hanifah.


Lahir pada tahun 80 Hijrah, beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.

Disebabkan beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara. Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan.

Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai ‘akal dalam ilmu pengetahuan.’

Beliau juga ditawarkan pelbagai jawatan oleh kerajaan berdaulat Bani Abasiyyah. Imam Hanifah diminta memegang jawatan setiausaha kerajaan, bendahari dan kadi. Tetapi semua jawatan itu ditolak olehnya kerana kewarakannya dan tidak mahu memegang jawatan rasmi.

Imam Hanafi banyak kali dijatuhkan hukuman oleh kerajaan kerana membangkang kehendak Khalifah. Gabenor Yazid bin Hurairah melantik Imam Hanafi menjadi kadi di kota Kufah, tetapi Imam Hanafi tetap menolaknya.

Gabenor Yazid marah apabila Imam Hanafi tidak mahu menerima pelantikannya. Baginda berkata: "Kalau dia tetap tidak mahu menerima jawatan yang ditawarkan, pukullah dia."

Ketika kerajaan Islam dalam kuasa kerajaan Bani Umaiyyah, Imam Hanafi dilantik memegang jawatan tinggi, tetapi beliau tetap menolak dan memilih hukuman. Imam Hanafi dipenjara dan dikenakan rotan sebanyak 110 kali. Setiap hari beliau dirotan sebanyak 10 kali, ketika itu usia beliau mencapai 50 tahun.

Apabila Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur memerintah kerajaan Bani Abbasiyyah, Imam Hanafi dilantik sebagai kadi di Baghdad. Beliau dipanggil untuk menghadap khalifah.

Khalifah memaksa beliau dengan bersumpah untuk menerima jawatan yang diberikan. Tetapi Imam Hanafi menolak dengan bersumpah.

Seorang pegawai berkata: "Apakah tuan guru (Imam Hanafi) tetap menolak titah baginda, sedangkan baginda telah bersumpah agar tuan guru menerima jawatan itu."

Imam Hanafi berkata: "Khalifah lebih layak membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar kifarat sumpah saya."

Imam Hanafi kemudian dipenjara hingga satu tempoh diputuskan khalifah kerana menolak jawatan itu.

Selepas sekian lama dalam penjara, beliau dihadapkan kepada khalifah untuk ditanya lagi sama ada sedia menerima jawatan itu atau tidak. Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya, menolak jawatan itu.

Khalifah berkata: "Wahai Nu’man, adakah kamu suka dengan keadaan kamu seperti sekarang ini?"

Imam Hanafi menjawab: "Semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin. Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah dan janganlah engkau bersubahat dalam kepercayaan engkau dengan orang yang tidak takut kepada Allah.

“Demi Allah, saya bukanlah orang yang dapat dipercayai pada waktu tenang. Jadi, bagaimanakah saya dapat dipercayai pada waktu marah? Sebenarnya saya tidak patut ditawarkan jawatan seperti itu."

Khalifah berkata dengan marah: "Kamu berdusta, kamu memang layak memegang jawatan itu."

Imam Hanafi berkata: "Ya Amirul Mukminin, tuanku sendiri telah mengatakan saya pendusta, kalau begitu bagaimanakah tuanku hendak melantik seorang pendusta memegang jawatan itu."

Khalifah sangat marah sebab Imam Hanafi dapat menangkis kata-katanya. Kemudian, baginda memerintahkan supaya Imam Hanafi dimasukkan kembali ke dalam penjara.

Dalam riwayat lain menerangkan bahawa Khalifah Abu Jaafar memanggil Imam Hanafi bersama dua ulama lain bernama Imam Sufyan Al-Tsaury dan Syarik untuk diserahkan jawatan dalam kerajaan.

Mereka bertiga diberi tugas kadi. Khalifah berkata kepada penguat kuasanya: "Hantarkan ketiga-tiganya ke tempat tugas masing-masing dan kalau ada sesiapa yang menolak jawatan itu, pukul dia dengan 100 kali cemeti."

Imam Syarik menerima jawatan itu, sementara Imam Tsaury melarikan diri. Imam Hanafi pula tetap dengan pendiriannya tidak mahu menerima jawatan itu. Beliau dipenjara dan disebat serta lehernya dikalungkan dengan rantai besi yang berat.

Imam Hanafi walaupun menerima seksaan berat, tetap menolak jawatan yang ditawarkan itu. Khalifah tidak tahu apa hendak dibuat terhadap Imam Hanafi yang masih degil. Segala ikhtiar baginda untuk memaksa Imam Hanafi menerima jawatan itu, sia-sia.

Akhirnya, khalifah mengambil keputusan dengan memperalatkan ibu Imam Hanafi untuk memujuk anaknya. Setiap hari, ibu tua itu ke penjara memujuk anaknya.

"Wahai anakku yang dikasihi, buangkan pengetahuan yang ada padamu, kerana kamu tidak mendapat apa-apa melainkan seksa pukulan, sebatan dan rantai besi," pujuk ibu Imam Hanafi supaya Imam Hanafi menerima jawatan itu.

Imam Hanafi berkata: “Ibu, kalau saya menghendaki kemewahan hidup di dunia ini, sudah tentu saya tidak disebat dan dipenjarakan.

“Tetapi, saya mahukan keredaan Allah semata-mata dan memelihara ilmu pengetahuan yang saya dapat.

“Saya tidak akan sekali-kali memalingkan pengetahuan yang saya jaga selama ini kepada kebinasaan yang dimurkai oleh Allah.”

Pujukan ibunya juga tidak berhasil. Ini membuat khalifah hilang sabar.

Imam Hanafi yang sudah tua dikenakan hukuman yang berat lagi. Setiap hari beliau disebat. Semua ini tidak dapat mengubah pendirian Imam Hanafi.

Pada suatu hari, Imam Hanafi dipanggil khalifah. Beliau keluar dari penjara dan dikawal ketat oleh polis penjara. Dengan leher dan kaki yang dirantai, beliau dibawa menghadap khalifah.

Khalifah berkata: "Minumlah." Imam Hanafi tidak terus minum. Khalifah memaksa Imam Hanafi minum minuman yang telah dicampur racun itu.

Selepas dipaksa, Imam Hanafi pun terus minum. Selepas minum, beliau dihantar semula ke penjara. Beberapa ketika kemudian, beliau merasakan badannya panas dan kepalanya pening.

Imam Hanafi merasakan ajalnya sudah hampir. Beliau sujud kepada Allah dengan khusyuk. Lama beliau sujud dan akhirnya beliau kembali kepada Allah dalam keadaan sujud.


Imam Malek

Monday, October 16, 2006

KE MANAKAH KITA???

Assalamualaikum wbt..
Selamat berpuasa dan isyAllah selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua sahabat2 , semoga kita ditetepkan dan ditingkatkan iman supaya kita dapat menempuh Ramadhan ini dengan penuh kenikmatan dan keredhaanNya.
Tergerak tangan ini menaip 1 isu yang kadang2 kita tidak pikir dengan warasnya.Isu yang saya utarakan adalah untuk meyedarkan @ mengingatkan tugasan kita di bumi Allah ini..Sahabat sekelian, salah satu tugas utama umat manusia berada di bumi ini adalah untuk menjadi khalifah.Khalifah ini bukan hanya bermaksud menjadi ketua, tp jugak menjadi pembimbing, penasihat kepada manusia yang lain.Tapi alangkah sedihnya ramai manusia sekarang x ada ciri2 seorang pemimpin..bahkan bukan sahaja nak nasihat orang, diri sendiri pun x terjaga.Saya juga mengingatkan diri saya juga..
Cuba kita tengok di persekitaran kita, betapa ramai umat islam yang tidak sedar diri mereka sebenarnya munafiq dan fasiq.Awas sahabat2ku, ramai manusia sekarang mengaku baik sedangkan dia x mengamalkan amal ma'ruf nahi mungkar.Cthnya kisah sahabat saya ini menceritakan kebaikan sahabatnya.Dia cakap sahabat dia ni baik sgt, sanggup berkorban demi kawan, kasih pada ibu bapanya, rajin study dan mcm2 lg kebaikan.Siap cakap lagi sanggup buat apa sahaja untuk sahabatnya itu.Tapi alangkah malangnya sahabat dia ni x menutup aurat..hujung minggu berkepit dengan jantan.. Kalau lah mcm ini dikatakan baik,masyaAllah.. teruknya perspektif manusia.. ingat sahabatku Allah x pandang kebaikan kita terhadap manusia jika kita x ada sikap berterima kasih kepada Allah.
Disini saya nak kongsikan sedikit kajian daripada student dari salah sebuah universiti di Mesir dimana mereka membuat kajian ttg kefahaman rakyat Mesir ttg Islam.Yang mengejutkan adalah 78% rakyatnya sudah tidak lagi mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. kebanyakan dari mereka mengurangkan aktiviti keagamaan kerana sibuk dengan kehidupan duniawi dan mengejutkan lagi 48% remaja Mesir terpengaruh dengan budaya barat... masyaAllah sahabat.. mereka terpengaruh budaya barat sedangkan negara2 islam sekarang berhadapan ancaman dari negara2 barat.. keadaan ini bukan sahaja berlaku di Mesir tpi juga negara islam yang lain malahan Malaysia sendiri. Cuba fikirkan masih ramai menyokong barangan barat cth McD, KFC, Starbuck, dan mcm2.Saya lebih menekankan makanan sebab ia menjadi darah daging kita.. darah yang akan mengalir bukan shj pada anak cucu kita bahkan generasi kita.. Semoga Allah menjauhi kita dari perkara itu.
Satu lagi kajian yang dilakukan di Indonesia, ramai rakyatnya menerima Islam Liberal dengan hati terbuka.Mereka bukan sahaja membenarkan malah menjayakan da'yah ini.Daripada analisi, 85% berpuas hati terhadap tehadap sistem Islam Leberal.MasyaAllah... apa nak jadi ni??? petanda kiamat sudah dekat sahabatku..Banyak lagi saya terbaca artikel yang menceritakan ttg kerosakan umat islam sekarang... semoga kita x tergolong dalam golongan spt ini..
Walaupun kita bercerita ttg negara lain, kita berbalik dengan keadaan kita sekarang.... adakah kita sama dengan mereka??? hanya kita sahaja yang dapat memberi jawapan..oleh itu sahabat sekalian, marilah kita sama2 nasihat menasihati sesama kita.. Kalau kawan kita salah tegurlah, dan kalau kita salah dan orang lain menegurnya, terimalah..lembutkan hati menerima teguran.Semoga kita sentiasa berada di jalan kebenaran.. InsyaAllah.. seperti mana hadis daripada Abi Hurairah, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Awasilah kamu daripada sangkaan kerana sangkaan itu sebohong-bohong cerita. Jangan kamu mengintip, jangan kamu berebut-rebut, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu bermusuh-musuhan dan jangan kamu berkelahi, malah jadikanlah diri kamu hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis ini, Rasulullah menasihatkan umat Islam supaya menjauhi segala sifat buruk yang boleh melemahkan perpaduan di kalangan umat manusia.
Antara sifat yang berbahaya ialah sangkaan yang tidak berasas, mengintip rahsia, berlumba-lumba merebut kepentingan sendiri, berhasad dengki, berkelahi dan bermusuh-musuhan sesama sendiri. Janganlah kita bersangka buruk erhadap sahabat2 kita..Ingatlah kita semua adalah hamba Allah yang bersaudara.
Jelasnya, kikislah sifat busuk yang ada di hati demi keharmonian hidup dalam sebuah masyarakat Islam yang aman damai.InsyaAllah, jika kita menghidupkan budaya pesan nasihat menasihati tanpa rasa buruk sangka kita akan menuju kehidupan Islam yang sebenar iaitu Islam yang bergemerlapan dari pelbagai aspek.Fikir2kanlah sahabat... apakah nasib kita... mana arah kita??? SYURGA @ NERAKA???


Wassalam

Abdul Malek

Sunday, October 15, 2006

Contohi iltizam Rasulullah gemilangkan Islam

AGAMA Islam yang dibawa oleh Rasulullah menganjurkan nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian baginda yang memiliki akhlak mulia, sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini menyumbang kepada keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat.Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah dibuktikan apabila masyarakat Arab jahiliah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan berjaya membina tamadun manusia yang sangat mengagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab tersebar dalam panji Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan, bangsa Arab sudah mencipta kejayaan yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Rahsia di sebalik kecemerlangan ini ialah keamanan yang dibawa oleh Islam dan perjuangannya hingga Islam menjadi agama yang dikagumi dan disegani.Agama Islam membawa kesejahteraan. Ketika Rasulullah menyelesaikan masalah masyarakat Islam, Baginda sentiasa menjurus kepada keamanan dan kedamaian. Demikian jugalah sikap Baginda ketika berhadapan dengan musuh.Firman Allah bermaksud: “Allah tidak melarang kamu (berbuat baik dan berlaku adil) kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah (hanya) melarang kamu menjadikan sebagai kawan orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan mereka membantu (orang lain) mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)Dalam berdakwah, Rasulullah tidak mendahulukan menghukum. Sebaliknya, Baginda sentiasa mengajar sahabat bahawa mendidik adalah lebih utama. Ini dapat disaksikan dalam peristiwa seorang Arab Badwi yang kencing dalam masjid. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sifat rahmat yang dibawa oleh Baginda yang melahirkan perasaan kasih sayang di kalangan umat Islam. Kekecohan dan kekalutan bukan sifat Baginda.Islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa keselamatan dan keamanan sama ada kepada yang mukmin atau kafir. Kekeliruan di hati masyarakat dunia, apatah lagi di mata musuh Islam perlu diperbaiki.Apabila syura menjadi keutamaan Rasulullah, maka itu juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Baginda dapat bertolak ansur dengan kaum Musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah, maka tidak ada sebab kita tidak boleh mengamalkan sikap sedemikian.Kebijaksanaan yang dipamerkan oleh Rasulullah hendaklah dicontohi, terutama mereka yang mendukung dakwah Islam. Agama Islam yang cemerlang perlu dizahirkan kegemilangannya melalui tindak-tanduk penganutnya. Sifat agama Islam yang mementingkan keselamatan mesti ditonjolkan melalui tutur kata dan tingkah laku berhemat. Perkataan berbentuk makian, ancaman dan penghinaan sesama Islam perlu dihentikan kerana ia membawa gambaran bertentangan dengan Islam yang sebenar.Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang membicarakan seseorang lain dengan sesuatu yang tidak ada padanya kerana hendak mengaibkannya, nescaya Allah akan mengurungnya dalam neraka jahanam hingga dia datang untuk membebaskan apa yang dikatakannya mengenai orang itu.” (Hadis riwayat at-Tabrani)Setiap orang Islam perlu menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan dipelihara. Malah, kesedaran ini hendaklah diikuti dengan usaha penuh iltizam.Sesungguhnya keselamatan dan kesejahteraan di dunia berkait rapat juga dengan kejayaan hidup kita di akhirat nanti.

Imam Malek